Islam yang dagang

Islam itu dagang,
Realiti sekarang,
Ia tetap dagang.

Bila Islam datang,
Umat terlepas pandang.

Bila Islam menyeru,
Kita peluk kejahilan erat-erat,
Kita nampak Islam seperti jerat.

Sejauh manakah Islam kita?
Adakah iman kita sehebat Abu Bakar?
Quran dan Sunnah kita agungkan?
Menyambut syariat Dia yang Esa?
Atau kita mengada-adakan sahaja?
Untuk menyedapkan hati yang mati.

Kita masih lelap,
Kononnya dunia tidak gelap.

Sedarlah rijal-rijal Allah!
Islam kita berkarat!
Mata kita buta!
Nafsu memacu lesu!

Bangkitlah wahai pemuda!
Peluklah agama Rasulullah!
Lurutkan kejahilan yang menghiasi,
Kerana yang legam tetap hitam,
Yang putih tetap suci!

Biar manusia serongkan pandangan,
Redha Allah kita citakan!

Biar kita dicemuh,
Biar kita dihina,
Asal semangat tidak rebah,
Untuk kembali ke Jannatullah!

Ya, kerana Islam itu dagang
Itulah realiti sekarang.

Biar KITA disepikan manusia, janji hati KITA dipenuhi redha-Nya.

0 comments: