Angan-angan Mat Jenin

Hrm.... Pernah tak, anda mendengar orang memberi amaran/teguran/nasihat kepada anda, "sudah-sudah lah tu berangan.... Tak kan jadiknya... Mustahil lah!"....?
haaaaa!!! Mestilah pernah kan2?

Terutama bila anda baru sahaja bercerita tentang rancangan anda untuk menakluk dunia dengan kuasa mistik anda pada waktu malam bersalji tuh. Tak pun, selepas anda melompat-lompat bermain bola sepak gaya ala-ala pemain kelas 5 bintang bulan matahari dan berazam untuk terpilih dalam pertandingan antara planet.

Pada waktu itu, sayup-sayup lah kedengaran bisik-bisik yang berbunyi.....
"Alah mamat nih.. bajet gile.. mimpi ke aper tuh nak wakil planet.. impossible!"


Hohoho... Kalau anda pernah menerima kritikan sebegini, pastinya anda akan sangat memahami post kali ini. Yerp, pasti post kali ini lebih dekat dengan anda dari orang lain, sebab andalah yang paling selalu kecewa di'pangkah' orang lain kerana imaginasi anda.

Tahukah anda bahawa pada zaman awal Islam, para sahabat semuanya punya imaginasi yang giga mega tingginya? Haa...!! Betul tau!

Ada suatu masa tuh, Nabi Muhammad SAW ditanya oleh seorang sahabat tentang satu soalan.
"Antara Rom Timur dan Rom Barat, Rom manakah yang akan dibuka dahulu?"

Huuiisshh... Gempak kan sahabat nih? Walhal masa dia tanya tuh, Islam barulah secotek kat Mekah nun. Dok asyik tiap2 hari kena pulau, kena pukul, kena siksa. Tiba-tiba tuptaptuptap, dia pergi tanya, Rom mana kita nak bukak dulu. Memang super duper imaginasi mereka!

Tak ada pulak Nabi pergi pangkah dia. "hoi, Mekah pun Islam nya belum, nak pergi tanya2 Rom apasal? Pergi buat kerja nun. Tu ha Dolah, Seman tu. Ko dah ajak usrah belum nak tanya tanya pasal Rom?" Nabi tidak cakap macam nih kan?
Sebaliknya, Nabi SAW menjawab soalan itu dengan mengobarkan lagi api semangat para sahabat. Jawab Nabi, "Rom Timur.(Yakni Istanbul, Konstantinopel) Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin ketika itu, dan sebaik-baik tentera adalah tentera ketika itu."
MashaAllah!!

Cuba bayangkan pulak masa Perang Khandak.
Bukankah Perang Khandak tu, masanya adalah ketika Umat Islam dikepung oleh tentera bersekutu Ahzab. Jumlah askar musuh saaannggatlah banyaknya. Malah, puak Yahudi pulak mengkhianati perjanjian dengan berpaling tadah dan menyerang dari dalam Kota. Dalam keadaan dahsyat macam tuh pun, Nabi masih lagi memberi harapan dengan imaginasi dan kekuatan azam. Semasa proses mengorek parit Khandak, tatkala cuba untuk memecahkan sebuah batu besar, semasa baginda mengetuk dengan tongkatnya, sebanyak 3 kali, setiap kali akan diiringi dengan Takbir. Kata Nabi, Baginda melihat sebuah kota dibuka setiap kali mengetuk batu itu. Yang Pertama Rom, kemudian Parsi, dan kemudian Yaman.

Uiisshh!
Bukankah ini bukti imaginasi yang disertakan keazaman itu satu sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah?

Jangan hapuskan imaginasimu!

Kalau orang lain mula memperkecilkannya, ataupun menggelakkannya, ingatlah semula kisah-kisah ini. Bukankah Sirah itu dijadikan sebagai tentera Allah untuk kita?
Berimaginasilah!



Erkk.. Tapi post kali nih bukannye nak ajak kita berimaginasi membuta buti yer! Kalau asyik mimpi dan imaginasi jer, kerjanya nggak ado, jadik Si Luncai la abang oi!!
xpun macam Pak Kaduk. eh, kisah angan-angan Mat Jenin pun ada kan? Uissh.. Cerita kanak-kanak Melayu nih kan, dah banyak dah kisah buruk angan-angan kosong.. tapi peliknya, kitalah yang paling banyak berangan-angan kan?

Jom berangan-angan, tapi dengan misi dan visi yang disertakan dengan keazaman yang tinggi. Barulah jadik macam Rasul dan para sahabat. Macho tau!!

Wallahua'lam.

0 comments: