selangkah menuju Al-Firdaus

Perubahan itu sukar.


Ye lah. Sudah bertahun-tahun kita dibesarkan dalam suatu keadaan, dan mungkin selama ini tak jadi apa-apa yang buruk pun.


"Alah, mak ayah saya ok je saya macam ni, sapa awak untuk suruh saya berubah?"


Ye, memang perubahan itu sukar. Bayangkan situasi ini. Kita hidup seperti orang2 biasa. Kita mendapat penghormatan dari orang sekeliling kita. Mereka menganggap kita sebagai seorang yang paling dipercayai. Semua ibu mengharapkan kitalah anak mereka. Semua orang memandang kita dengan penuh kasih sayang. Nice bukan? Siapa yang tidak suka hidup terhormat sebegitu.


Tapi kita merasakan ada 'something wrong' dengan masyarakat ini. Kita pun lebih suka menyendiri, mencari arah, mencari petunjuk.


Suatu hari petunjuk itu datang. Bukan main hebat tamparannya, tidak terkata berat tanggungjawabnya. Kita runsing, kita gelisah,


'arghh...kenapa diletakkan beban ini atas bahuku???'


dan kita sedar, kita bukan lagi orang yang sebelumnya.


Inilah yang dihadapi oleh nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW sewaktu mula2 menerima Kalamullah dan baginda sedar akan tanggungjawab yang datang bersama kalimah itu.


Mungkin kita juga pernah merasa perkara yang sama. Alhamdulillah, sekurang2nya kita sudah selangkah mengikuti Nabi, mendalami perasaan yang dialami oleh Nabi :-)


Tapi jangan kamu risau wahai saudaraku. Perubahan itu bukanlah sesuatu yang menakutkan. Allah memuliakan sesiapa yang Dia mahukan melalui perubahan itu. Kata2 seorang ahli fizik yang masyhur:


"change is the only constant".


Dan Allah juga menjanjikan kepada kita,


.. إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ..
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa ada pada suatu kaum sehingga mereka mengubah apa pada diri mereka" (13:11)


Wah! hebatnya ayat ini..kita tidak suka melihat kerosakan di sekeliling kita bukan? kita tidak suka melihat bayi-bayi dibuang, kita tidak suka melihat saudara-saudara kita kelaparan, kita tidak suka melihat korupsi dan lain-lain.


Tapi Allah berjanji, dia akan mengubah semua kehinaan ini..syaratnya? Kita ubah apa yang di dalam diri kita. Ye, dengan merubah diri kita, kita mampu memangkin sesuatu yang besar.
Perubahan itu sukar, tapi kesukaran itulah yang akan memudahkan.


Kerana terhormatnya kita bukan di mata manusia, tapi di sisi Allah.
Kerana cita-cita kita bukan sekadar di dunia, tapi lebih besar dari itu.
Kerana mulianya kita bukan dengan kehendak kita, tapi kehendak Allah.
Maka kerana itulah perubahan yang hebat akan membuahkan hasil yang hebat.


Teruskan melangkah saudaraku :-)

0 comments: