Antara fantasi dan realiti


Pernah tak anda membaca buku Harry Potter? Kisah magic yang disemburkan macam-macam, raksasa labah-labah lah, lari laju-laju dan tembus dinding lah dan macam-macam lagi. Pernah kan? Macam mana pula dengan kisah Jack dan Kacang Ajaib. Gaduh-gaduh dengan mak, tiba-tiba buang kacang, tumbuh pokok tinggi melangit.

Panjat-panjat(ye yer je larat nak panjat tinggi-tinggi. Panjat pokok durian pun dah lelah..) jumpa gergasi dan angsa bertelur emas. Mesti pernah juga kan masa kecil-kecil dulu. [Credit]

Apa perasaan anda setelah membaca dan memahami cerita-cerita itu? Adakah anda tidak  berasa apa-apa? Atau tertidur semasa baca buku tu? Tak ingat apa-apa atau ingat-ingat lupa? Penulis yakin, pasti ada antara anda yang dapat ambil pengajaran daripada cerita-cerita tersebut, bukan? Antara pengajaran yang biasa kita dengar mesti macam ‘’usaha sungguh-sungguh’’, ‘’keberanian’’, ‘’kena banyak bersabar’’, ‘’kebenaran pasti menang’’ dan sebagainya.
Tapi bagaimana pulak dengan kisah yang mungkin kita sudah dengar semenjak zaman-zaman di tadika dahulu sampailah dewasa ini, contohnya kisah nabi dan kisah sahabat. Pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah baca atau mendengar, malah menonton kisah-kisah sebegini, bukan?

Kisah Bilal bin Rabah yang diseksa dan dihempap batu kerana mempertahankan keislamannya, kisah Khabbab Al-Arat yang 'dipanggang' di atas api, kisah rentetan suka duka siri peperangan seperti Perang Badar, Perang Uhud dan sebagainya, kisah Hamzah dan Hind, kisah Hanzalah, kisah Rasulullah dibaling batu di Thaif, kisah patahnya gigi baginda dalam Perang Uhud dan banyak lagi kisah-kisah yg hebat dan menarik. 

Gambaran tentera Islam ketika Perang Badar diadaptasi ke dalam filem 'The Messengger'

Jadi, bagaimana pula perasaan kita tentang kisah-kisah Rasulullah dan para sahabat ini? Apakah kita mendapat pengajaran-pengajaran yang berguna? Tema dan pengajaran seperti ‘’usaha sungguh-sungguh’’, ‘’keberanian’’, ‘’kena banyak bersabar’’, dan ‘’kebenaran pasti menang’’? Jika benar itu iktibarnya, Alhamdulillah, semoga Allah menambah kefahaman kita tentang agama ini.


Sekian.


Eh Kejappppppp!!!!!
Apa bezanya kita apabila membaca atau mendengar kisah Jack dan Kacang Ajaib dengan kisah kesabaran Bilal bin Rabah? Adakah berbeza kisah Harry Potter and Half Blood Prince dengan kisah Muaz dan Muawiz membunuh Abu Jahal? Kalau sama ajo, lebih baik kita baca buku kisah dongeng nih, tak perlu pening-pening fikir pasal sirah, kaitan dengan ayat quran la, kena selit-selit hadith pulak, blablabla... Boleh baca buku bergambar, boleh tengok kartun dan macam-macam lagi. Sama jer, fun-fun tapi dapat jugak pengajaran-pengajaran sebegitu. Setuju?
Aha, di sinilah berbezanya Sirah Rasulullah SAW dengan kartun-kartun/cerita-cerita dongeng dan fairy tales/cerita-cerita rakyat sebegitu. Benar, kedua-duanya ada pengajaran, dan tidak salah untuk kita membaca dan belajar kisah-kisah dongeng. Manakan tidak, cerita Sang Arnab dan Tuk Kura-kura pun sudah dikupas dan dijadikan silibes sastera BM di sekolah-sekolah. Cuma perbezaan yang terang jelas lagi kristal adalah, satunya adalah REALITI, dan satu lagi FANTASI. Satunya BETUL-BETUL TERJADI, satu lagi DIREKA-REKA SITUASI.
Erk… so what? Peduli apa kisah benar ker, bersamamu ker, telenovela ker, sinetron ker, apa kaitan dengan aku?

Kisah yang realiti, maksudnya, pernah berlaku, mungkin sedang berlaku dan akan berlaku. Manakala akal yang sihat pasti akan percaya fantasi yang kelihatan cool tetapi merepek-repek, kuda boleh terbang, ikan boleh bercakap, katak tukar jadi orang dan macam-macam benda luar tabi’i alam mustahil berlaku (secara fitrahnya). 
Sekarang sudah nampak tak signifikannya?
Kisah Rasulullah SAW ini adalah satu episod peristiwa ‘’logik’’ yang berlaku, bersifat ‘’manusiawi’’, bukan ‘’magis’’ atau ‘’hypothetical’’. Setiap peristiwa yang kita dengar sebelum ini, kisah macam mana Muaz dan Muawiz bunuh Abu Jahal, itu semua adalah manusia yang normal, yang ada fizikal betul-betul sama dengan apa yang fizikal kita ada. Kisah Bilal yang menahan batu, itu pun kisah manusia yang ada kulit, yang ada receptor panas dan sakit pada badannya, yang ada hati dan perasaan. Kisah Rasulullah di baling dengan batu di Thaif, pun kisah manusia yang betul-betul terjadi, yang bukan direka-reka oleh penulis novel atau sasterawan terkenal. Darah yang mengalir dari tubuh Rasulullah semasa terluka tu pun, darah manusia biasa, yang bewarna merah likat mengalir bertakung ke dalam capar. Kisah-kisah ini pernah berlaku, dan tidak mustahil untuk berlaku semula!

Kisah Sirah yang kita dah dengar selama ini, bukan macam kisah Sinderalela yang boleh ada labu besar jadik kereta kuda atau Doraemon bersama pintu-suka-hatinya. Kisah sirah yang kita dengar nih, bukan kisah Red Riding Hood yang menyelamatkan nenek dia dari serigala. Bukan jugak macam kisah Sang Kancil dan Sang Buaya. Ia adalah kisah manusia sebenar, yang melakukan perubahan sebenar, yang logik, yang fitrah, yang telah-sedang-akan berlaku!

Bagaimana perubahan ini boleh berlaku lagi?
'Buku cerita' teragung ada menceritakan kepada kita,


Sebagaimana [Kami telah menyempurnakan ni’mat Kami kepadamu] Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah [As Sunnah], serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. (151)

Demikianlah, Allah SWT telah mengutuskan ar-Rasul untuk mengetuai perubahan ini, dan ianya dilakukan tidak lain dan tidak bukan melalui institusi usrah itu sendiri. Ya, usrah yang mana kita membaca ayat-ayatNya, kita saling bermuhasabah untuk mensucikan diri, usrah yang mana kita saling mempelajari makna alQuran dan menggarap makna al-Hikmah, dan mempelajari segala macam serba-serbi kehidupan.


Daripada sinilah, segala perkara yang telah Baginda dan para sahabat lalui, kemenangan Islam membawa agama ini dan lalu tersebar luas ke tamadun-tamadun lain dapat dimulakan. Dan tidak mustahil, untuk kita sendiri melakukan perkara yang sama.
Ya, Kita sendiri akan menjadi se’’best’’ Anas bin An-Nadhir yang mencium bau syurga dalam Perang Uhud!
Kita boleh jadi seperti Hanzalah yang dimandikan jenazahnya oleh para malaikat!
Kita boleh jadi seperti Bilal bin Rabah yang didengari tapakan kakinya didalam syurga!
Kita boleh jadi seperti Talhah bin Ubaidillah yang digelar sebagai seorang syahid walaupun dirinya masih hidup!
Kita boleh menjadi semua ini, syaratnya, kita kena mula lakukan seperti mana mereka mulakan dahulu! Ayuh....!

hari yang ditunggu-tunggu


Hari lahir itu memang sesuatu yang menggembirakan.

Kalau pemuda-pemuda zaman ni, menjelang jam 12 tengah malam, akan log-in facebook. Tengok berapa ramai dah meletakkan ucapan selamat di dinding. Kalau yang rapat atau yang rajin, akan post panjang2, sekali dengan tazkirah/memori silam. Kalau yang hanya kenal di facebook, kadang-kadang tulis 'hb' je.

kalau yang lebih istimewa, siap ada sambutan lagi.

hari jadi itu memang sesuatu yang menggembirakan. semua orang ingat.

tapi tak semua orang ingat lagi satu hari yang lebih penting. Hari mati.

*fruhhhhhh~~~~~~~~~~*

Hari kematian kita.

Hari yang tidak diingati sehingga ianya telah berlalu. Jika yang teringat itu masih bernyawa, maka bersyukurlah. Tapi jika nyawa sudah di kerongkong, baru teringat, maka sesallah.

Hari yang diceritakan oleh Rasulullah SAW:

اكثروا من ذكر هازم اللذّات
"Perbanyaklah mengingat penghancur pelbagai kelazatan" (HR Tirmidzi)

Tibanya hari itu, maka hilanglah semua. Harta yang dikumpulkan bertahun-tahun? tak boleh dibawa sekali.

Rakan-rakan permainan dan gelak tawa? selesai pengebumian, kembalilah mereka kepada permainan, kepada gelak tawa.

Dendam, permusuhan, semua itu tidak lagi berguna. alangkah indahnya jika sempat berdamai, sekurang-kurangnya mendapat doa, doa tulus dari hati-hati yang bertaut keranaNya.

Alangkah rugi jika tidak bersedia untuk hari itu.
وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya,  maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh." (Al Munafiqun:10)
Maka jadilah yang terbaik di hadapan Allah dan bersedialah sebagaimana bersedianya kita untuk hari lahir, bahkan jauh lebih bersedia daripada itu. Jika kita datang kepada Allah dengan berjalan, Allah akan datang kepada kita dengan berlari.

kisah sebuah hadiah


Katakan anda mendapat panggilan dari mak anda:

"Tuut..tuut.."

"Assalamualaikum..?"

"Waalaikumussalam..Ahmad, ni mak ni."

"Eh, mak rupanya! kenapa mak?"

"Mak baru je dapat bonus setengah tahun ni.."

*hati berputik riang*

"..Jadi mak ingat.."

*cemas, jantung berdegup laju, peluh mula menitik*

"..Nak bagi kau iPad sebuah.."

"iPad 16GB, ringan lagi nipis yang mudah dibawa ke mana-mana tu?"

"Ye, benar nak."

*pengsan*

Ha, macamana kalau anda dapat panggilan sebegitu? mesti suka bukan main lagi, bak kata orang putih 'on Cloud Nine'.

Mesti lepas tu anda orang yang paling rajin call mak anda. Kalau balik rumah, mesti tolong mak basuh pinggan, lipat baju, potong bawang walaupun tak disuruh.

Kalau mak suruh pergi ke kedai runcit?
"boleh mak."

Kalau mak suruh pergi basuh kereta?
"motor tak nak basuh sekali ke mak?"

Pendek kata, tak sanggup kita mengecewakan mak, kerana sebuah iPad.


Itu baru dapat iPad. Boleh bayangkan tak kalau secara tiba-tiba, oksigen percuma yang kita sedut setiap saat, tiba-tiba dikenakan cas? 1 sen setiap sedutan. sehari RM800.

"Eh, harga oksigen dah naik lah. mahal betul, tak mampu nak bayar ni. Baik kita bunuh diri Mat."

Begitu juga dengan mata. Macamana kalau tiba-tiba, kita tak dapat melihat warna? semuanya hitam putih, macam filem melayu zaman dahulukala.

Dan anugerah yang kita selalu lupa: kehidupan itu sendiri. Macamana kalau tiba-tiba nyawa kita ditarik? Tinggallah mak, ayah, adik-beradik, rakan-rakan kita. Duduklah kita seorang diri, serangga jadi peneman.

Dan anugerah paling besar? Islam dan iman! kerana dengan anugerah itu kita dapat mengenal pencipta kita, dapat mengenal tujuan hidup kita, bahawa hidup ini bukanlah sia-sia, tapi satu jalan menuju syurga atau neraka.


Banyak kan 'hadiah' yang Allah beri pada kita?

وَآتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا

"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak dapat kamu menentukan bilangannya.." (Ibrahim:34)



Kalau kita sedar betapa berharganya nikmat yang Allah dah beri kepada kita, mesti kita tertanya-tanya, "apa aku boleh buat untuk balas semua ini ya Allah??" Allah tidak meminta apa-apa dari kita, dan Dia tidak memerlukan apa-apa pun dari kita.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."



Dan dengan menyembah Allah, kita menguntungkan diri kita sebenarnya. Bayangkan, kalau seorang pakcik datang kepada anda dan memberi anda RM100.

"Adik, pakcik nak seratus ringgit tu boleh?"

Anda pun memberi semula duit kepada pakcik itu. Yalah, memang asalnya duit beliau, tak salah untuk beliau minta dipulangkan.

Selepas anda pulangkan duit, pakcik itu beri anda RM1000 pula. "Nah, ambil dan simpan" kata pakcik itu.
Mesti anda heran kan dengan perangai pakcik tu?? Macam tulah pemurahnya Allah SWT. Semua di langit dan di bumi ini milik Allah, dipinjamkan kepada kita. Dan kalau kita beri semula kepada Allah, Allah lipatgandakan apa yang kita beri!


Marilah sama-sama kita menjadi hamba yang bersyukur, berusaha untuk memperbaiki diri, berusaha menegakkan agama Allah dengan segala yang diberikanNya :-)