Seorang anak mengeluh kepada ayahnya tentang hidupnya dan bertanya mengapa hidup begitu sukar baginya. Dia tidak tahu bagaimana menghadapinya,putus asa dan hampir menyerah. Dia terlalu penat untuk melawan. Setiap kali suatu masalah diselesaikan, masalah baru akan muncul.
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi tiga periuk dengan air dan meletakkannya di atas api.
Setelah air di ketiga-tiga periuk mendidih. Ia meletakkan lobak merah di periuk pertama, telur di periuk kedua dan serbuk kopi di periuk terakhir. Dia biarkan mendidih tanpa mengucapkan sepatah pun. Anaknya menunggu dengan sabar, memikirkan apa yang sedang dilakukan di ayahnya.
Setelah 20 minit, ayah mengalihkan kesemua periuk dari api. Ia mengeluarkan lobak dan meletakkannya dalam mangkuk, telur ditempatkan di mangkuk lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lain.
Lalu ia bertanya, “Apa yang kamu lihat, nak?”
“Lobak merah, telur, dan kopi” jawab anak itu.
Ayahnya kemudian memintanya merasa lobak itu. Anak itu merasakan bahawa itu lobak itu menjadi lembut. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah mengupas kulit, ia mendapati sebuah telur rebus yang keras.
Akhirnya, ayahnya memintanya untuk menghirup kopi. Dia tersenyum ketika menghirup kopi dengan aroma yang menyegarkan itu.
Ayahnya menjelaskan bahawa ketiga-tiga ‘benda’ menghadapi ‘kesulitan’ yang sama, iaitu proses perebusan yang panas, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.
Lobak merah sebelum direbus keras,kuat dan sukar untuk digigit. Tapi setelah mendidih, lobak merah menjadi lembut dan ringan. Telur pula, sebelum direbus berisi cecair yang lembut, dan dinamik. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi yang sebelumnya keras, pahit dan tidak boleh dimakan ,setelah dalam air mendidih, serbuk kopi dapat mengubah air menjadi enak.
“Kamu, termasuk yang mana?,” Kata ayahnya.
Jadi, kita pula bagaimana? Adakah apabila kita diuji dengan pelbagai kesusahan, makanya kita terus mengecut dan memencilkan diri? Apakah apabila kita terasa susah, maka kita terus kecewa dan menyalahkan takdir?
Firman Allah:
0 comments:
Post a Comment