Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

hari yang ditunggu-tunggu


Hari lahir itu memang sesuatu yang menggembirakan.

Kalau pemuda-pemuda zaman ni, menjelang jam 12 tengah malam, akan log-in facebook. Tengok berapa ramai dah meletakkan ucapan selamat di dinding. Kalau yang rapat atau yang rajin, akan post panjang2, sekali dengan tazkirah/memori silam. Kalau yang hanya kenal di facebook, kadang-kadang tulis 'hb' je.

kalau yang lebih istimewa, siap ada sambutan lagi.

hari jadi itu memang sesuatu yang menggembirakan. semua orang ingat.

tapi tak semua orang ingat lagi satu hari yang lebih penting. Hari mati.

*fruhhhhhh~~~~~~~~~~*

Hari kematian kita.

Hari yang tidak diingati sehingga ianya telah berlalu. Jika yang teringat itu masih bernyawa, maka bersyukurlah. Tapi jika nyawa sudah di kerongkong, baru teringat, maka sesallah.

Hari yang diceritakan oleh Rasulullah SAW:

اكثروا من ذكر هازم اللذّات
"Perbanyaklah mengingat penghancur pelbagai kelazatan" (HR Tirmidzi)

Tibanya hari itu, maka hilanglah semua. Harta yang dikumpulkan bertahun-tahun? tak boleh dibawa sekali.

Rakan-rakan permainan dan gelak tawa? selesai pengebumian, kembalilah mereka kepada permainan, kepada gelak tawa.

Dendam, permusuhan, semua itu tidak lagi berguna. alangkah indahnya jika sempat berdamai, sekurang-kurangnya mendapat doa, doa tulus dari hati-hati yang bertaut keranaNya.

Alangkah rugi jika tidak bersedia untuk hari itu.
وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya,  maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh." (Al Munafiqun:10)
Maka jadilah yang terbaik di hadapan Allah dan bersedialah sebagaimana bersedianya kita untuk hari lahir, bahkan jauh lebih bersedia daripada itu. Jika kita datang kepada Allah dengan berjalan, Allah akan datang kepada kita dengan berlari.

kisah sebuah hadiah


Katakan anda mendapat panggilan dari mak anda:

"Tuut..tuut.."

"Assalamualaikum..?"

"Waalaikumussalam..Ahmad, ni mak ni."

"Eh, mak rupanya! kenapa mak?"

"Mak baru je dapat bonus setengah tahun ni.."

*hati berputik riang*

"..Jadi mak ingat.."

*cemas, jantung berdegup laju, peluh mula menitik*

"..Nak bagi kau iPad sebuah.."

"iPad 16GB, ringan lagi nipis yang mudah dibawa ke mana-mana tu?"

"Ye, benar nak."

*pengsan*

Ha, macamana kalau anda dapat panggilan sebegitu? mesti suka bukan main lagi, bak kata orang putih 'on Cloud Nine'.

Mesti lepas tu anda orang yang paling rajin call mak anda. Kalau balik rumah, mesti tolong mak basuh pinggan, lipat baju, potong bawang walaupun tak disuruh.

Kalau mak suruh pergi ke kedai runcit?
"boleh mak."

Kalau mak suruh pergi basuh kereta?
"motor tak nak basuh sekali ke mak?"

Pendek kata, tak sanggup kita mengecewakan mak, kerana sebuah iPad.


Itu baru dapat iPad. Boleh bayangkan tak kalau secara tiba-tiba, oksigen percuma yang kita sedut setiap saat, tiba-tiba dikenakan cas? 1 sen setiap sedutan. sehari RM800.

"Eh, harga oksigen dah naik lah. mahal betul, tak mampu nak bayar ni. Baik kita bunuh diri Mat."

Begitu juga dengan mata. Macamana kalau tiba-tiba, kita tak dapat melihat warna? semuanya hitam putih, macam filem melayu zaman dahulukala.

Dan anugerah yang kita selalu lupa: kehidupan itu sendiri. Macamana kalau tiba-tiba nyawa kita ditarik? Tinggallah mak, ayah, adik-beradik, rakan-rakan kita. Duduklah kita seorang diri, serangga jadi peneman.

Dan anugerah paling besar? Islam dan iman! kerana dengan anugerah itu kita dapat mengenal pencipta kita, dapat mengenal tujuan hidup kita, bahawa hidup ini bukanlah sia-sia, tapi satu jalan menuju syurga atau neraka.


Banyak kan 'hadiah' yang Allah beri pada kita?

وَآتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا

"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak dapat kamu menentukan bilangannya.." (Ibrahim:34)



Kalau kita sedar betapa berharganya nikmat yang Allah dah beri kepada kita, mesti kita tertanya-tanya, "apa aku boleh buat untuk balas semua ini ya Allah??" Allah tidak meminta apa-apa dari kita, dan Dia tidak memerlukan apa-apa pun dari kita.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."



Dan dengan menyembah Allah, kita menguntungkan diri kita sebenarnya. Bayangkan, kalau seorang pakcik datang kepada anda dan memberi anda RM100.

"Adik, pakcik nak seratus ringgit tu boleh?"

Anda pun memberi semula duit kepada pakcik itu. Yalah, memang asalnya duit beliau, tak salah untuk beliau minta dipulangkan.

Selepas anda pulangkan duit, pakcik itu beri anda RM1000 pula. "Nah, ambil dan simpan" kata pakcik itu.
Mesti anda heran kan dengan perangai pakcik tu?? Macam tulah pemurahnya Allah SWT. Semua di langit dan di bumi ini milik Allah, dipinjamkan kepada kita. Dan kalau kita beri semula kepada Allah, Allah lipatgandakan apa yang kita beri!


Marilah sama-sama kita menjadi hamba yang bersyukur, berusaha untuk memperbaiki diri, berusaha menegakkan agama Allah dengan segala yang diberikanNya :-)

Dah jauh pakcik jalan


Penulis rasa teruja.


Sangat-sangat teruja. :-D

kenapa?

Kerana hidup dalam zaman yang saaaaaaaaaaangat penuh dengan harapan untuk masa depan.

Kelas Sejarah Malam-malam QC London Kita:
(nota kaki : sejarah ni seronok, sebab dia berulang-ulang, banyak persamaan dengan masa sekarang. Tapi penulis sayu, kerana masa belajar Sejarah di sekolah dulu pengajaran-pengajaran ni tak 'basah' dan menghidupkan hati.)

1924 : Khilafah Islam terakhir jatuh. Khilafah usmaniah telah dijatuhkan oleh segolongan pemuda yang mengagungkan tamadun dan pendidikan Barat. Mereka ini dipanggil The Young Turks. Kejatuhan ini mengambil masa yang sangat panjang, disebabkan kelemahan umat Islam sendiri, tapi bukan itu isi kandungan kelas malam ini.

Dipendekkan cerita, dengan kejatuhan khilafah Usmaniah, maka secara rasminya jatuhlah islam sebagai satu sistem yang lengkap dan komprehensif meliputi semua aspek kehidupan. Pemerintah Turki yang baru, diketuai Mustafa Kemal Ataturk (Ataturk = 'ayah kepada orang-orang Turk') mula memperkenalkan sistem-sistem baru atas nama 'kemodenan'. 

Bahasa turki mula ditukar daripada tulisan arab kepada tulisan rumi. Orang islam sedikit-sedikit mula dijauhkan dari  mempelajari huruf al-quran.

Azan dilaungkan dalam bahasa turki.

Agama dipisahkan dari pemerintahan. Sehingga ke hari ini masih ramai di Turki yang berpegang kuat pada prinsip-prinsip sekular. 

1945 : Empayar British yang dilemahkan dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), mengalami kejatuhan yang hebat walaupun menang dalam Perang Dunia Kedua. Disebabkan sibuk menentang musuh-musuh mereka di Eropah, pihak British tidak lagi mampu untuk mengurus tadbir taklukan-taklukan mereka. Ditambah lagi dengan kemunculan pihak-pihak Nasionalis yang menekan pihak British untuk memberi kemerdekaan. 

seronok kan merdeka. dapat laungkan 'merdeka'! tujuh kali. dapat cuti umum. kalau bertindih dengan hari raya, dapat buat promosi 'raya merdeka' di pasaraya-pasaraya.

Sesetengah ahli sejarah melihat kemerdekaan sebagai 'penjajahan yang bertukar warna kulit'.

Tulisan jawi yang digunakan sebagai perantaraan, kini hanya digunakan untuk perkara-perkara 'keagamaan', dan untuk satu akhbar sisipan dalam Utusan Malaysia hari Isnin.

Perundangan agama hanya untuk urusan-urusan kekeluargaan, adat istiadat melayu, hal-hal syariah. Bukankah syariah itu untuk semua urusan kehidupan?

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
"..Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.." (Al Maidah: 3)


Republik Turki menunjukkan contoh bagaimana mahu memisahkan agama dari kehidupan. Negara-negara islam lain? "ikut saja, kalau tak bila nak maju".

2011: Dah hampir 90 tahun sejak sistem khilafah jatuh. Eh, baru 90 tahun ke? masa penulis belajar sejarah di sekolah dulu tak perasan pun hakikat ini.

"baguslah, dulu islam pernah hebat. nak buat macamana, nasib badan. asalkan saya hidup gembira sudahlah."

Hidup gembira???



Bagi bayi-bayi yang dibuang, gembirakah mereka?

Orang-orang yang tersepit, terpaksa menanggung bayaran riba' dan hutang yang banyak setiap bulan, gembirakah mereka?

Negara ada hasil alam yang banyak, tapi ramai yang hidup susah. Ya, memang gembira. 

Dan dengan berdiam diri, kita biarkan ketidakadilan berleluasa. Mudah betul kita dirasuah dengan kegembiraan.

Tapi seperti yang penulis katakan, masih ada sinar-sinar di langit.

Dalam seminggu dua yang lepas, kerajaan Itali dan Greece telah bertukar kerana krisis kewangan yang teruk. 

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا نَأْتِي الْأَرْضَ نَنْقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا وَاللَّهُ يَحْكُمُ لَا مُعَقِّبَ لِحُكْمِهِ وَهُوَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
"Mengapa mereka yang kafir itu masih berdegil dan tidak mahu memerhatikan bahawa kekuasaan kami sentiasa menakluk bumi (yang mereka diami) dengan menjadikan dia kurang sedikit demi sedikit dari kebaikannya dan kemuliaannya? Dan (ingatlah) Allah menghukum menurut apa yang dikehendakiNya; tiada sesiapapun yang dapat menghalang hukumNya, dan dia lah juga yang amat cepat hitungan hisabNya."


Di serata dunia juga, protes-protes anti kapitalis menyuarakan ketidakpuashatian orang ramai terhadap sistem kapitalis barat.


Tapi pada masa yang sama, sekarang usaha-usaha mengembalikan islam telah mula berkembang di hampir semua negara di dunia. :-D

Kelmarin beribu-ribu orang hadir untuk konferens Twins of Faith di London Kota Pengalaman. Dan kebanyakannya anak-anak muda.

Di facebook pun ramai rakan-rakan penulis mula mem'post' status dan cerita keinsafan dan kesedaran.

Bahkan pakcik algeria penjual ayam panggang di London pun boleh bercerita tentang kesedaran. "We are a people who are always in struggle and jihad." Kalau pakcik tu orang malaysia apa agaknya dia cakap.

"Kami ni orang-orang yang terbiasa makan banyak, lepas makan tidur. tunggu lama sikit dapat sakit jantung."

-.-

Walaubagaimanapun (anyways),

sejarah ni berulang. Dulu The Young Turks, sekarang The Young Muslims. Dulu Baitulmaqdis ditawan oleh tentera Salib tidak sampai 100 tahun, sebelum dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi.  Baitulmaqdis sekarang baru 63 tahun dibawah Israel. (sejak 1948) Siapa lah agaknya pembawa panji-panji islam abad ke-21 ni. 

Menarik bukan? Itulah pengajaran-pengajaran dari sejarah. 

Tapi blog ini bukan blog sejarah. Blog ini blog kesedaran.

Kalau dahulu, Nabi dan para Sahabat mampu meruntuhkan dua empayar besar dunia, Rom dan Parsi. Tapi para sahabat bukan belajar di universiti terkemuka. Hidup mereka simple saja. Pengembala, pekebun. Paling-paling hebat pun pedagang. Tapi mampu merubah arus dunia, dibekalkan kekuatan iman dan kepercayaan bahawa hidup ini perlu dijalankan mengikut apa yang ditetapkan oleh Pencipta manusia, yang paling mengetahui selok-belok manusia.
 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.(Muhammad:7)
 
Mari ubah arus dunia :-)

salman al-farisi, pencari kebenaran


alhamdulillah, kebanyakan dari kita dilahirkan sebagai seorang Muslim.

di atas kad pengenalan Malaysia berwarna biru tertera agama kita : Islam.

Dari kecil kita dihantar ke kelas-kelas mengaji. Masa zaman penulis muda-muda dulu belum pakai Iqra' 1 hingga 6, penulis belajar menggunakan muqaddam yang mengandungi surah-surah juzu' 30.

Dan kita diajar subjek Pendidikan Agama Islam sehingga ke tingkatan 5.

nota kaki: penulis dulu selalu berseloroh macamana mahu menjawab soalan-soalan PAI. kalau ditanya 'apa kelebihan buat itu dan ini', jawapan mudah yang akan mendapat markah mesti 'dikasihi Allah dan Rasul', 'dikasihi ibu bapa' dan sewaktu dengannya. Ni zaman dulu-dulu lah, zaman muda-muda, zaman kurang faham. Sekadar hafal untuk periksa saja.

Memang mudah, lahir sebagai seorang islam di negara islam. terlampau mudah sehinggakan kita kadang-kadang 'take for granted' (ambil sambil lewa), bak kata mat salleh. kalau benar kita seorang muslim, apa hak-hak dan tanggungjawabnya? apa ye? kalau benar-benar diamalkan islam di negara kita, pasti bayi-bayi akan lahir dengan sah, dan dijaga dengan sebaiknya (minggu lepas banyak orang post di Facebook gambar bayi dikelar perutnya, ngeri sungguh -.-)

Jadi hari ini penulis ingin bercerita. Kisah seorang lelaki yang sangat hebat, yang berhempas-pulas semata-mata mahu mencari kebenaran.

Nama beliau Salman al-Farisi (Salman si Farsi). Beliau salah seorang sahabat Rasulullah yang masyhur dan namanya disebut-sebut ke hari ini. Apa istimewanya Salman al-Farisi?

Beliau bukan seorang Arab, seperti kebanyakan sahabat Rasulullah, tetapi beliau berasal dari Isfahan, yang ketika itu berada di bawah kerajaan Farsi yang merupakan salah satu superpower dunia ketika itu.


empayar farsi. madinah terletak di semenanjung arab, dalam kawasan oren di selatan empayar.
Jarak dari Isfahan ke Madinah: hampir 2000km. Ingat, waktu ni tiada kereta, kapal terbang dan sebagainya ;)
http://maps.google.co.uk/maps?saddr=Esfahan,+Iran&daddr=Madinah,+Al+Madinah,+Saudi+Arabia&hl=en&ll=28.420391,48.911133&spn=25.392789,29.355469&sll=32.641795,52.68122&sspn=3.057133,3.669434&geocode=FX448gEd2I8UAymZZzKM_jW8PzH1N1jvFni1eg%3BFWM-dQEdXo5cAinVINKXUb69FTHZCDvqT1FULg&vpsrc=6&mra=ltm&t=m&z=5

Salman al-Farisi lahir dalam keluarga yang berprestij dan kaya, ayahnya penjaga api Majusi yang tidak pernah padam, yang disembah oleh kebanyakan orang Farsi.

Pada suatu hari, dia melalui sebuah gereja Kristian. Dia kagum melihat ibadah mereka dan berkata "ini lebih baik dari agama kami." Setelah pulang ke rumah, Salman menceritakan kepada ayahnya tentang apa yang berlaku. Ayahnya menjadi berang mendengar kekaguman Salman terhadap agama Kristian, merantai kaki Salman dan mengurungnya.

Tak lama kemudian, Salman mendengar berita kedatangan kabilah dari Syria. "Syria, tempat bermulanya agama yang baik itu!" Dia dapat melepaskan diri dari kurungan, dan mengikut mereka ke Syria. Di sana, dia menemui ketua gereja dan tinggal bersamanya untuk mempelajari agama Kristian.

Tapi paderi ini tidak amanah! Dia mengumpulkan wang dari orang ramai, kononnya untuk sedekah, tapi kemudiannya paderi menyimpan wang derma untuk dirinya sendiri. Hati Salman yang bersih merasakan sesuatu yang tidak kena dengan amalan paderi ini. Setelah paderi korup meninggal, dia digantikan dengan seorang yang warak dan 'alim, dan Salman lebih sayang kepadanya berbanding sesiapapun.

Tapi ditakdirkan paderi ini juga menemui ajal, dan sebelum beliau meninggal Salman sempat bertanya,

"Kepada siapa kau tinggalkan aku?"

"Wahai anakku, aku tidak tahu orang yang mengikuti jalanku..melainkan seorang lelaki di Mosul.(Iraq)"

Terjadi perkara yang sama.

"Pergilah ke Nisiibin"

Sekali lagi.

"Pergilah ke 'Amuriah (di Rum)"

Sekali lagi. Tapi kali ini sedikit berbeza.

"Aku tidak tahu siapa-siapa yang mengikuti jalan ini..tetapi telah tiba masanya seorang Rasul datang membawa ajaran nabi Ibrahim. Dia akan berhijrah ke kawasan pepohon tamar. Tanda-tandanya; dia tidak mengambil sedekah, tapi menerima hadiah; di antara bahunya ada tanda kenabian. Apabila kau melihatnya, kau pasti mengenalinya."

Lalu Salman mengikut sebuah kabilah. Tapi Salman ditipu! Kabilah itu menjualnya kepada seorang Yahudi Bani Quraizah, dan Salman terpaksa bekerja dengannya. Suatu hari, semasa di atas pohon tamar, Salman mendengar berita kedatangan seorang lelaki dari Makkah yang mengaku dirinya nabi. Salman menggigil. Inikah yang dicari-carinya selama ini??

Salman berjumpa dengan Nabi di Qubaa', dan menghulurkan sedikit makanan kepada Rasulullah. "Aku ingin memberikan makanan ini sebagai sedekah." Rasulullah memberikan makanan tersebut kepada para Sahabat tetapi baginda sendiri tidak menyentuhnya. "Ini salah satu tanda..baginda tidak makan dari sedekah!"

Keesokannya Salman melakukan perkara yang sama, "aku mahu memberikan sesuatu sebagai hadiah". Rasulullah pun makan makanan tersebut bersama para Sahabat.

Tidak lama selepas itu Salman berjumpa dengan Nabi SAW, menyapanya dan berusaha untuk melihat belakang badan Rasulullah. Tapi Rasulullah sudah tahu hajat Salman. Baginda menyelak pakaiannya, dan benar, ada tanda kenabian di antara bahunya. Akhirnya Salman berjumpa kebenaran yang dicarinya, lalu beliau mengucup Rasulullah sambil airmatanya mencurah-curah.


Itu kisah Salman mencari kebenaran. Dikurung, terpaksa berjalan beribu-ribu batu, gurunya meninggal satu-persatu, tapi beliau tidak kisah. Sebab tiada apa yang lebih berharga dari kebenaran.

Kita pula? sejauh mana usaha kita untuk mencari dan menjaga nikmat yang diberikan oleh Allah SWT ini? :-)

Jadi sepasang kasut lebih baik


Assalamualaikum,

Dari zaman-zaman sekolah dulu, penulis suka menulis cerita. Paling seronok sekali tulis karangan autobiografi, karangan tentang kehidupan barang-barang yang tak bernyawa.

'aku sebatang pensel'.
'aku sebuah kereta'.
'aku sekeping laptop'.

Karangan autobiografi ni pernah menjadi bahan jenaka penulis dan rakan. Sebab apa? sebab jalan ceritanya sangat 'cliche'. Contohnya;

"Aku sepasang kasut. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Lembah Beringin. Selepas dilahirkan, aku diberikan nama Crocs. Aku diwarnakan dengan warna hitam, dan di bahagian depanku ada corak-corak petak hitam dan putih, seakan-akan corak papan catur. Ada yang mengatakan aku sebahagian daripada konspirasi Illuminati. Ah! Pedulikan apa orang cakap, asalkan cantik di mata sendiri.


Aku kemudiannya dijual di sebuah kedai di Jusco Prai. Seorang lelaki datang membelek-belekku.Tak sampai 5 minit, aku dibeli dan dibawa pulang ke rumahnya. Cantik rumahnya, sesuai dengan statusku sebagai kasut Crocs yang mewah. Tuanku sangat menyayangi aku, diletakkan aku dalam rumah supaya tidak dicuri, dan aku dibangga-banggakan kepada rakan-rakannya.

Setiap hari aku dibawa ke sana ke mari, melalui jalan simen, jalan berjubin, jalan tar. Kadang-kadang terpijak benda yang kurang enak. Jijik! jerit hati getahku. Tapi apakan daya, aku hanya sepasang kasut, nak mengadu pun tak boleh.

Lama-kelamaan, aku semakin uzur, badanku semakin kurus dimamah jalan tar yang kasar. Tapakku yang dahulu berbunga semakin licin, badanku berhabuk dan kotor. Aku risau, menanti hari yang pasti tiba...

..Memang, telah ditakdirkan hidupku berakhir di buangan. Kecantikan yang dulu aku bangga-banggakan, tak berguna sedikitpun sekarang. Aku pasrah, mungkin aku akan dihantar ke rumah kebajikan, masjid ataupun Somalia. Apakan daya, aku hanya sepasang kasut."

Nota kaki : kepada adik-adik sekolah kebangsaan yang membaca blog ini, penulisan di atas tidak akan mendapatkan anda gred A, sebaliknya guru akan menuduh anda meminta abang anda untuk menulis karangan.

Macamana agaknya kalau ditulis autobiografi bertajuk 'aku seorang Manusia moden' ye?



"Aku seorang manusia moden. Aku dilahirkan di sebuah hospital di Lembah Beringin. Selepas dilahirkan, aku diberi nama Khairol. Aku berkulit sawo matang, berambut hitam jambul di depan. Ibu bapa aku sangat gembira dengan kelahiranku. "tengok, comel kan baby i" kata ibuku kepada rakan-rakannya. Setiap hari aku dimanjakan oleh mereka, semua yang aku nak mereka belikan. Indah sungguh hidup.

Bila cukup usiaku, aku dihantar ke sekolah. Setiap hari mak akan berpesan, 'belajar elok-elok ye, nanti boleh jadi doktor, kerja doktor banyak duit.'

Seusai sekolah rendah, aku memasuki sekolah menengah. Gayaku yang ranggi menyebabkan rakan-rakanku memanggilku K-Rok. Ranggi-ranggi pun, aku tetap belajar. Keputusan cemerlang semasa SPM menyebabkan aku ditawar untuk belajar perubatan di Ireland. 'Wah, nanti dah kerja mesti banyak duit', getus hati kecilku.

7 tahun yang memeritkan di Ireland, ditambah beberapa tahun yang jerih di hospital kerajaan, ditambah beberapa tahun lagi, aku akhirnya bergelar Doktor Pakar. Gaji bulananku lumayan, aku memakai kereta mewah, dan makcik-makcik di rumah semuanya memandang tinggi kepada aku. Memang gah!

Beberapa tahun berlalu lagi. Aku sudah semakin uzur, badanku semakin lemah dimamah penyakit kronik. Aku berhabis wang untuk mengubat penyakit ini, tapi masih tak sembuh. Rambut hitamku yang bersinar sudah tiada, badanku gamaknya seperti orang dalam kemarau. Aku tahu kesudahan penyakit ini, tak dapat ditolak lagi..

..Kini di akhir usia, wang yang aku kumpulkan dulu tak berguna sedikitpun. Mana kereta mewahku? Mana rumah bangloku? Aku telah melupakan tujuan sebenarku..."

Nota kaki 2 : adik-adik kalau buat karangan di atas, nescaya guru anda akan sujud keinsafan sambil mengalirkan air mata.

Demikianlah kisah seorang manusia moden..lebih kurang saja macam sepasang kasut bukan? Rutin hidup yang sudah boleh diramal, akhirnya berakhir dalam keadaan yang mengharukan.

Sekurang-kurangnya kasut itu mampu berbakti, melaksanakan tujuan hidup melindungi kaki tuannya di kala kedinginan musim sejuk London. Kita?

saudara, saudara ni dari mana?


Kalau anda berpeluang untuk ke London, Kota Pengalaman (juga dikenali sebagai Kota Chicken & Chips, Kota Museum Percuma dan Kota Bangunan Bersejarah), ambillah peluang untuk melawat musolla (surau) di universiti-universiti seperti Imperial College, London School of Economics dan King's College. Kalau bernasib baik, anda akan ditegur oleh saudara-saudara seislam dari merata tempat. Kemungkinan besar perbualan anda akan berbunyi begini:


Saudara A: "assalamualaikum brother! where are you from?"
(assalamualaikum saudara? anda dari mana?)

Anda: "i'm from malaysia."
(saya dari malaysia.)

Saudara A: "Masyaallah! Malaysia is a very good islamic country, first class."
(Masyaallah! Malaysia tu negara islam yang sangat bagus, kelas pertama.)

erk..kelas pertama? -.-

Sebagai seorang yang telah hidup dalam negara malaysia untuk sebahagian besar hidupnya, penulis berasa agak, emm, ragu-ragu dengan persepsi di atas.

kalau anda berpeluang untuk datang ke London, Kota Pengalaman, cubalah untuk bandingkan dengan keadaan di malaysia.

pemakaian? lebih kurang.

sistem perundangan? diambil dari sistem perundangan tinggalan British.

cara fikir?
barat : "every individual should have freedom to do what they want in pursuit of happiness" (setiap orang bebas melakukan apa yang dia suka untuk mendapat kebahagiaan)
malaysian : "suka hati akulah nak buat apa, kubur kau kubur kau, kubur aku kubur aku"

iyalah, tapi kalau kubur awak tu kat sebelah, tak ke bingit telinga saya. *pernyataan berseloroh ni saya dengar di sekolah menengah dulu*

kalau lihat dari segi akhlak orang di UK ni, kadangkala terasa lebih 'islamik' pula berbanding di tanah air sendiri. Contoh: Kalau anda berdiri di lintasan zebra, kereta yang sedang memecut laju pun akan berhenti untuk memberi anda laluan.


Pernah penulis cuba untuk melintas jalan di lintasan di malaysia. Makin nampak orang di tengah jalan, makin pecut pula pemandu tersebut -.-

Syeikh Muhammad Abduh pernah mengatakan, "Saya pergi ke Barat dan melihat Islam, tapi tiadanya Muslim; saya pulang ke Timur dan melihat orang Muslim, tapi tiadanya Islam".

Kadangkala penulis segan apabila rakan-rakan islam dari negara lain mengatakan bahawa malaysia itu negara islam contoh. Masyarakat UK yang dikatakan mengalami keruntuhan moral pun lebih baik perlakuannya. Kalau dibandingkan dengan para sahabat, ya Allah...jauhnya T_T

Sebelum ini, rasa begitu selesa. Makanan halal, roti canai begitu senang nak dapat. setiap waktu dengar azan. Bila ditakdirkan ke negara yang terbuka luas semua 'peluang', baru penulis sedar, betapa bernilainya iman secebis ini.

isi penting dari gambar : benda2 menarik menanti anda di luar zon selesa! :D

Baru mula mendalami apa itu islam yang sebenarnya.

Baru sedar, jauh lagi perjalanan kita. banyak lagi perlu dilakukan.

Roti Canai Satu!


Di London, Kota Pengalaman, semua benda ada.

Makanan halal banyak. masjid pun banyak. orang islam pun ramai.

(Nota kaki: penulis gemar menggunakan i kecil untuk pkataan 'orang islam', dan bukan I besar. kerana I besar tu kata nama, i kecil kata kerja. jelas? ;) )

tapi satu benda yang susah sangat nak jumpa di London, Kota Pengalaman ni tapi kita ambil sambil lewa di Malaysia Oh Tanahairku.

"boss, mau makan apa?"

"roti canai satu, kuah banjir".


"SIAP!!!"

*penulis mengesat air mata yang jatuh ke dalam emping jagung + susu yang menjadi sarapan harian*

Allah memang Maha Bijaksana kan? sampai roti canai pun boleh kita ambil pengajaran. =D

Ini antara analogi paling awal yang melekat dalam ingatan penulis, mungkin kerana roti canai tu membawa imej positif kepada semua lapisan masyarakat malaysia.

(nota kaki kedua: penulis paling gemar roti tampal, roti canai biasa yang ditampalkan telur di atasnya. lebih sedap kalau kuning telur masih cair.)

menggiurkan bukan?

mahukah jika penulis memberitahu tentang sesuatu yang jauh lebih sedap dari roti canai?

bayangkan makanan yang terlampau sedap, sehingga menyebabkan kita tergamam berpuluh2 tahun. bayangkan ruang yang saaaaaaaaangat luas, seluas langit dan bumi. bayangkan, apabila kita berjumpa sesiapa sahaja, mereka semua tersenyum sambil mengucapkan salam.

indahnya~ *sambil mata bersinar2*

bila kita meminta roti canai, pinggannya akan datang sekali. Tapi jika kita meminta pinggan, hanya pingganlah yang sampai.


Pinggan Royal Doulton yang eksklusif pun tak berguna tanpa roti canai ~

Samalah dengan kehidupan kita di dunia ni. Kalau akhirat yang kita cita-citakan, dunia akan menyusul. Tetapi, kalau dunia menjadi apa yang kita kejarkan,

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
"Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan serta perhiasan, juga bermegah-megah di antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; 


samalah seperti hujan yang menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar, selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai 


dan di akhirat ada azab yang berat dan keampunan besar serta keredaan dari Allah; dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

(Al Hadiid:20)

Begitulah perumpamaan kehidupan akhirat dan kehidupan dunia. Jelas? ;-)

Tadabur Biology: Life Cycle


Everything has its life cycle. 
From this tiny bacteriophage.... 
[rather known as viruses that infect bacteria. Yes, viruses are a lot smaller than bacteria! They get into the bacteria, and reproduce, then when released, re-infect, re-produce again, and so on] [source]

To this Drosophila..... 
[what a fancy name. It's actually lalat buah[source]

And this beautiful creature butterfly...[source]

And us! [source]

Generally all of us have a similar life cycle.
It's a cycle so it should be the same la.
Aha, so what does make us different with those lalat-lalat and kuman-kuman?

You see, at least bacteriophage, Drosophila and butterfly have served their purposes of life before the end of each cycle. 
If you took Ecology or Organism Biology or Virology or Bacteriology or stuff like that, you might have learned their roles in this world. 
For example, 
bacteriophage is used for DNA sequencing.
You need virus to produce vaccine and bacteria to get anti-bacteria 
in order to fight flu or diseases. 
Drosophila is widely used for many researches especially in genetics.
(And you need butterfly to take pictures with together with flowers at Hyde Park because they are cute).
Ask Biologists, they know.

But truly He knows more than the Biologists do.

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ 
هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Who remember Allah while standing or sitting or [lying] on their sides and give thought to the creation of the heavens and the earth, [saying], "Our Lord, You did not create this aimlessly; exalted are You [above such a thing]; 
then protect us from the punishment of the Fire. Ali-Imran [3:192]

But then.......... 
how about us? Our roles? Our purposes of life? 
Do we really know why exactly are we created? 
Don't ask Biologists this time. Because the answer is already there. 

Watch this, and think. =) Tell me the answer if you got it. 

 

Short tazkeerah: Singkat sungguh!


Baru-baru ini, penulis telah mendapat satu kerja kursus berkumpulan. 

"Katakanlah anda telah bertemu dengan Encik Alan Sugar. Anda mempunyai masa 5 minit untuk menerangkan tentang plan bisnes dan seterusnya membuktikan kepada beliau yang anda layak menerima 20 juta pound untuk memulakan bisnes tersebut."

Anda kenal Alan Sugar? Ok, itu tidak penting, kerana penulis juga tidak mengenali beliau walaupun telah berada di UK beberapa tahun.


Yang pentingnya, pound tau nilainya, bukan ringgit. Kalau ringgit, ce darab 5. 100 kat pound tu. 

Maka 5 minit adalah suatu tempoh yang cukup singkat untuk mendapatkan sejumlah ganjaran sebanyak itu. Jadi penulis dan ahli kumpulan sangat 'blur' dan berdebar-debar, apakah yang patut dilakukan dalam masa 5 minit untuk membuktikan layaknya kami menerima tawaran itu? 

Kuncinya: menggunakan segala bahan yang ada, segala masa yang ada, segala kudrat yang ada, dan bersungguh-sungguh membuktikan kepada Encik Alan Sugar bahawa kami layak menerima wang itu! 

Ya! 

Ketahuilah, hidup kita pun sekejap cuma. Cukup singkat. Bagaimanakah mahu membuktikan kepada Tuan Yang Maha Memiliki, bahawa kita layak menerima syurga yang ditawarkan? Pahala yang diwarwarkan? Rahmat yang dinanti-nantikan? 

Semuanya terserah kepada diri kita.

Bagaimana kita menggunakan tempoh hidup yang cetek ini.

كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا
(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya; seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja. An-Nazi'at [79:46]



Sangkar Sang Nuri


Tersebutlah kisah seekor burung nuri. Bulunya hijau berekor kuning. Burung yang comel dan sangat aktif. Sejak pagi ia sudah bangun untuk memulakan hari, ketika tuannya masih lagi tidur. Ya,burung itu bertuan. Si nuri adalah haiwan peliharaan. Tinggal dia di dalam sangkar besi yang disangkut di hadapan rumah. Sejak pagi si nuri bangun. Melompat ke kiri, melompat ke kanan. Orang yang melihatnya menyangka si nuri gembira. Malah si nuri pun menyangka dirinya gembira. Si nuri hidup dalam sangkar sejak lahir. Tidak tahu hakikat kebebasan.


Pada satu hari ada burung merpati yang datang ke sisi si nuri. Burung merpati menceritakan dunia luar yang bebas.si merpati menawarkan diri untuk membebaskan nuri. Pada mulanya nuri tidak tertarik malah mempersoalkan: "kenapa aku mahu keluar? Aku tengok burung diluar setiap mengalami kesusahan, bangun pagi mencari rezeki, sedangkan rezekiku setiap hari pasti disediakan tuanku." Namun si merpati tidak berputus asa. Pertemuan demi pertemuan berlaku. Si merpati kasihankan si nuri. Si merpati mahu si nuri merasai nikmatnya terbang ke angkasa. 

Setelah satu sela masa, si nuri bersetuju untuk keluar dari sangkar dan terbang mengikut merpati. Kali pertama keluar dari sangkar, si nuri merasakan ketidakselesaan yang amat. Tidak sampai satu minit keluar dari sangkar, nuri terbang ke sangkar semula. Merpati tetap menemani nuri. "kita cuba lagi nanti," kata merpati. Setelah itu nuri cuba keluar lagi. Semakin hari tempohnya semakin lama hinggalah tiba satu hari, nuri bertekad untuk meninggalkan sangkar untuk selama-lamanya. Nuri terbang mengikut merpati, seperti biasa, namun lebih jauh dan lebih tinggi. 

Saat itu, tidak tergambar kebahagiaan di hati nuri. Rupa-rupanya inilah kegembiraan bebas di angkasa yang diceritakan merpati setiap hari. Kemudian nuri meluahkan perasaan terima kasih kepada merpati, "Terima kasih kerana sabar dalam membimbing aku hingga aku betul-betul bebas seperti sekarang, namun hari ini aku mahu bertanya, apakah yang mendorong kau menolong aku walaupun dengan segala kerenahku dahulu?" Merpati pun menceritakan, "Pada satu masa dahulu, aku pun sepertimu, hanya seekor burung di dalam sangkar. Merasakan diriku gembira. Kadang-kadang aku ingin bebas tetapi tidak mampu. Hinggalah satu masa seekor burung datang padaku sepertimana aku datang padamu. Dia lebih sabar mendidikku dengan kerenahku lebih dari sabarku mendidikmu. Begitulah kisahku." Kemudiaan merpati menyambung lagi, "Nah, sekarang kau pergilah teruskan hidupmu!"

Kisah merpati sentiasa terngiang-ngiang di ingatan nuri. Segala pesanan-pesanan masih tegar dalam memori. Segala panduan hidup kini diamalkan sehari-hari. Pada suatu hari, ketika terbang mencari makanan, si nuri terjumpa seekor burung di dalam sangkar menyanyi-nyanyi. Tanpa berfikir panjang si nuri terus terbang ke sisi sangkar dan memulakan perbualan, "Mahukah kau aku ceritakan tentang kebebasan?"


***Bagaimanakah kita..? Apakah kita akan menjadi seperti burung Nuri yang mencari burung-burung lain yang ditipu dengan ''keindahan'' sangkar, untuk membebaskan mereka, ataupun kita ingin terus dengan kehidupan biasa kita, yang senantiasa menyangka diri gembira sedangkan sedang melakukan rutin yang cukup menyedihkan...?? Ayyuh Si Burung Nuri, inilah masamu untuk terbang tinggi, dan carilah burung-burung lain yang masih belum merasai nikmat kebebasan..!

Lihat burung-burung ini... Siapa lagi yang ingin berkongsi maksud
kebebasan dengan mereka, kalau bukan kita?


Wallahua'lam.

mari menjadi semangat baru!


Dalam minggu-minggu yang baru lepas, kita digemparkan dengan rusuhan-rusuhan menentang kezaliman yang berlaku di Syria, bumi Syam tempat yang pernah dijejaki Rasulullah sewaktu berdagang ke sana. Juga bumi yang dibebaskan dari kegelapan pemerintahan Rom oleh jeneral-jeneral Islam yang punya superpower keimanan seperti Abu 'Ubaidah dan Khalid bin al-Walid.


Salah satu tempat yang menyaksikan perngorbanan dan pertumpahan darah umat islam Syria yang tertindas ialah Homs. Ya, Homs! Bumi bersejarah yang juga pernah menikmati pemerintahan yang adil di bawah seorang pemimpin yang sangat hebat.

Anda pasti tertanya-tanya, siapakah pemimpin ini?

Pasti mempunyai kekuatan, sehingga dapat menundukkan kekacauan.

Pasti mempunyai rupa fizikal yang indah, sehingga disayangi oleh rakyatnya.

Sama sekali tidak. 

Pemimpin yang dimaksudkan ialah Sa'id bin 'Amir, salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Sudah pasti keadaan akan lebih aman pada hari ini sekiranya ada lebih ramai rijal seperti Sa'id. Ingatlah, sesungguhnya orang-orang beriman itu merupakan rahmatan lil 'alamiin.

Pasti juga anda tertanya-tanya, kualiti apakah yang dimiliki oleh Sa'id, sehingga penulis berani berkata sedemikian rupa?? Mari kita mengambil 'ibrah dari kisah di bawah.

Sa'id bin 'Amir diutus oleh 'Umar untuk menjadi gabernor di Homs. Homs pada zaman itu terkenal kerana penduduknya gemar merungut tentang pemimpin mereka. Semasa 'Umar menziarahi Homs, beliau bertanya jika ada apa-apa rungutan tentang pemimpin mereka, Sa'id

Mereka memberikan empat rungutan.

Yang pertama, kata penduduk Homs, Sa'id tidak meninggalkan rumahnya sehingga matahari sudah naik dan hari menjadi panas.

Yang kedua, beliau tidak berjumpa denga sesiapa pada waktu malam.

Yang ketiga, ada 2 hari dalam sebulan di mana beliau tidak meninggalkan rumah langsung.

Yang keempat, beliau kadangkala pengsan, dan ini menjengkelkan kami walaupun tidak beliau sengajakan.

Maka 'Umar memanggil Sa'id untuk membela dirinya.

Untuk rungutan pertama, Sa'id mengatakan bahawa isterinya tidak mempunyai pembantu, jadi beliau menguli tepungnya sendiri, menunggu tepung tersebut naik, membakar tepung tersebut menjadi roti, sembahyang Duha, kemudian baru beliau meninggalkan rumahnya.

Yang kedua, ialah kerana beliau telah mengkhususkan siang hari untuk berjumpa rakyat, sedangkan malamnya untuk Allah SWT.

Yang ketiga, Sa'id tidak mempunyai pembantu untuk membasuh pakaiannya dan tidak pula memiliki set pakaian yang ekstra. Jadi beliau membasuh pakaiannya dan menunggu pakaian tersebut kering sebelum berjumpa dengan penduduk Homs.

Yang keempat, sewaktu beliau belum memeluk Islam, beliau melihat dengan mata kepala sendiri penyeksaan yang dijalankan oleh Quraisy terhadap Khubaib al-Ansari. Mereka menoreh badan Khubaib kepada cebisan-cebisan kecil sambil bertanya, "mahukah kamu menyelamatkan diri dan melihat Muhammad di tempatmu?" Khubaib menjawab, "Demi Allah, aku tidak akan menerima tawaran kamu dan pulang kepada keluargaku dengan selamat walaupun kamu menawarkan semua nikmat dunia, dan mendedahkan Nabi SAW kepada bahaya, walaupun sekecil cucukan diri."

Setiap kali Sa'id teringat kejadian ini, beliau pengsan kerana takutkan azab Allah, kerana tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan Khubaib. 

Allahuakbar.


Inilah sifat seorang mu'min yang hebat, yang sentiasa ingat akan dosa dan kesilapannya, dan tidak pula menghitung-hitung kebaikan amalannya. Yang rendah diri dan sering bermuhasabah dengan setiap amalannya.

Bagaimana pula dengan kita?
Kuatnya bukan pada kekuatan tentera atau pengaruh, tapi pada kekuatan iman.

Indahnya bukan pada fizikal, tapi keindahan hati dan budi.

Alangkah hebatnya jika kita dapat membina diri kita sehingga menjadi seperti Sa'id bin 'Amir dan para sahabat yang lain.

Mari kita penuhi masa dengan jilsah-jilsah tafakkur. 

Mari kita basahkan lidah dengan seruan supaya manusia tunduk kepada Allah.

Semoga kita sentiasa bersama orang-orang yang beriman. Sedikit demi sedikit, pasti kita akan dapat membina rijal yang akan menjadi rahmah kepada alam ini.



Glosari

rijal - lelaki
rahmatan lil 'alamiin- rahmat untuk seluruh alam
jilsah tafakkur - duduk-duduk peringatan

Tadabbur Alam: iGames!


Tarbiyyah menuntut kita supaya menjadi manusia yang luar biasa hebatnya, lengkap dari segala aspek, hebat ibadahnya, hebat pemikirannya, cantik akhlaknya, malah hebat tubuh badannya.

Qawiyyul Jism.

Betapa hebatnya para sahabat, selepas pulang dari Perang Uhud, di mana keputusannya tidak memihak kepada orang Islam dan tubuh mereka lesu kerana bermati-matian mempertahankan Rasulullah SAW,

Namun mereka sanggup berjaga sepanjang malam, khuatir jika pihak Quraisy kembali untuk mengambil kesempatan di atas kelesuan mental dan fizikal itu. Betapa tarbiyyah itu menjadikan mereka lebih kental dari Inche Superman.

Pada iGames yang telahpun berlalu, dapat dilihat contoh2 fizikal kental yang suatu hari nanti mampu menggegarkan dunia, bi idznillah. Demikianlah kaca mata kita sehendaknya, seluruh alam ini ialah tazkirah. Lihat batu-bata, teringat bahawa Allah sukakan golongan yang tersusun. Lihat air Nenas dan Kelapa, teringat bagaimana sedapnya nanti 'raheequl makhtum', air yang diminum oleh ahli syurga.

Pada hari ini penulis ingin mentadabbur sebuah acara yang mempunyai seribu satu pengajaran. Cuba anda teka, apakah acara itu.

Bola keranjang? bukan.

Bola sepak? Juga bukan.

Ragbi sentuh? Teruskan meneka.

Bola tampar? Sayang sekali, ini juga bukan jawapannya.

Ya, tadabbur kita pada hari ini ialah berkenaan larian 4X1000m :)

Acara ini bukan untuk mereka yang pengsan hatinya (faint-hearted), malah memerlukan keazaman dan keupayaan yang tinggi. Jalannya jauh, cuacanya dingin, dan bukan kita sahaja yang menentukan kemenangan pasukan kita,tetapi semua pelari dalam pasukan kita berperanan menyumbang kepada kemenangan. Oleh sebab itu perlu untuk kita mempercayai rakan sepasukan.

Dapat dilihat banyak adegan-adegan mencemaskan pada hari tersebut. Ada yang berhempas-pulas pada saat2 akhir, cuba untuk memotong pasukan lawan walaupun kudrat sudah hampir ke penghujung. Dan ada pula yang terjatuh, namun tetap bangkit semula untuk menamatkan larian.

Sememangnya pada yang demikian ada tanda-tanda Allah bagi manusia yang berfikir.

Sangat dekat acara ini dengan kita yang sedar akan tanggungjawab sebagai 'ibadullah dan khalifah di muka bumi ini. Sepertimana bertukarnya baton dari satu tangan ke tangan yang lain, demikianlah baton ini telah di'pass'kan dari Nabi Adam hinggalah kepada Rasulullah, kemudian kepada para sahabat, kemudian kepada para tabi'in, dan setelah berlalu beribu-ribu tahun, sampailah baton ini kepada kita.

(kredit gambar)
Tahniah! kita telah mendapat baton yang tidak ramai sedar akan kewujudannya *menepuk belakang sendiri*. Namun seperti dalam acara 4X1000, tidak mungkin kita hanya duduk di garisan permulaan tanpa bergerak, sudah tentu merugikan pasukan kita.

Kita perlu meneruskan larian yang dimulakan oleh golongan terdahulu, kalau tidak kitalah yang wajar dipersalahkan.

"mengapa kamu tidak memegang dan membawa baton itu?"
encik A: encik B tak memberitahu saya dan tak passkan kepada saya.

"encik B, kenapa kamu tak passkan baton???"
encik B: *sambil berpeluh* errr...saya penat di tengah2 jalan...

ya, memang jalan ini panjang, lebih panjang dari 1000 meter pada suatu pagi Ahad yang dingin. Tetapi walaupun kita mengah di tengah jalan, walaupun kita tersungkur, walaupun dalam keadaan merangkak, kita perlu terus berusaha untuk meneruskan perjalanan, kerana ramai yang memerlukan baton (baca: tugas menyampaikan Risalah) ini. 

Dan garisan penamatnya ialah Jannah, insyaallah :)


Dari Abu ‘Amroh Sufyan bin Abdillah ra berkata ; Ya Rasulallah,katakan kepadaku satu kata saja yang aku tidak akan bertanya kepada siapapun selain engkau ! Jawab Rasul SAW : Katakan , aku beriman kepada Allah,lalu istiqomahlah.
(Hadith Riwayat. Muslim)

"Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa" (Al 'A'la:18-19)


Glosari:


Tarbiyyah- pendidikan


Qawiyyul Jism- Kuat tubuh badan



bi iznillah-  dengan izin Allah


tazkirah- peringatan kepada manusia


tadabbur- mengambil pengajaran


jannah- syurga





apa kaitan gula-gula getah dan Risalah?


"isyy...terpijak chewing gum pulak!! menyusahkan betul!"

begitulah kata-kata seorang yang terpijak gula-gula getah sewaktu berjalan2 di tengah2 kota London. Begitu negatif reaksinya terhadap gula-gula getah itu. Segala macam cara dicuba untuk membuangnya. Kasut digeserkan atas pembahagi jalan. Dicungkil dengan pembaris. (ini kebiasaanya hanya dibuat oleh pelajar sekolah rendah, tidak dinasihatkan untuk seorang pelajar universiti)

Begitu banyak cara difikirkan untuk membuang gula-gula yang separa dikunyah dan buruk itu.

Mengapa ya? Cuba fikir sebentar sambil mendengar lagu 'suci sekeping hati' dari Saujana


Baiklah, mari kita teruskan :-)

Mungkin gula-gula getah buruk itu tidak dapat dilihat pun oleh orang ramai. Mungkin ia tidak menyebabkan kasut kita terlekat terus di atas jalan sehingga tidak dapat berjalan walau seinci.

Tapi mengapa kita tidak suka lekatan itu? kerana perasaan berjalan kita selepas itu menjadi sangat tidak selesa. Terpaksa gunakan tenaga yang lebih untuk berjalan kerana dua tiga langkah, melekat. Dua tiga langkah, melekat. Lepas tu marah-marah pada pengunyah-pengunyah dalam masyarakat, kenapa tak buang dalam pembungkus aluminium tu, menyusahkan orang buang atas jalan.

Itu baru kasut biasa. Kalau memakai kasut-kasut yang mengikuti jejak Rasulullah? Pastinya chewing gum-chewing gum lebih mahu kita elakkan, mahu berlari dengan laju mengikut jejak orang-orang yang dijanjikan syurga.

Begitu banyak perkara yang melekatkan kita pada dunia, yang menjadi peluntur semangat yang pernah kita rasa suatu ketika dahulu. Betapa besarnya tugas yang diletakkan ke atas diri kita. Kita pun menggeletar, terasa sepertimana perasaan Rasulullah ketika baginda berteriak "selimutkan aku! selimutkan aku!" Tapi benarlah, kita ini hanya manusia. Yang hatinya berbolak-balik lebih cepat dari air yang sedang menggelegak. Gula-gula getah mula melebarkan genggamannya, mengatakan 'marilah ke sini' dengan muka yang comel.

Apa gula-gula getah yang dimaksudkan? Perkara-perkara yang melekatkan kita ke dinding dunia, menarik kita jauh dari Allah, dan dari tugas mulia yang diberikan kepada para Nabi dan orang-orang yang mengikuti mereka. Mungkin gula-gula getah setiap orang berbeza. Ada yang hatinya melekat pada harta, ada yang ditarik oleh syahwat, dan sebagainya.

Tapi kita lebih kuat dari itu. Kita mahu berlari bersama-sama para syuhada'. Kita mahu bertemu Rasulullah kelak,

dan mungkin pada waktu itu kita akan lega bahawa gula-gula getah kita berada di dalam bungkusan aluminium, bukan di kasut. Insyaallah, make du'a brother :-)

suria muncul di pagi hari, kita bangun sederap kaki~


Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk diterjemahkan perasaan jiwa ini ke dalam halaman ini setelah sekian lama.

Hanya gerhana, bukan terbenamnya matahari. Demikianlah juga agama yang kita sayangi ini. Biarpun dilindungi bayang-bayang taghut, tetapi cahayanya tidak pernah pudar, menanti masa untuk dibangkitkan semula, biar seluruh alam ini tahu betapa terangnya sinar itu.

Siapa yang bisa menjadi tiang-tiang kebangkitan itu? Persoalan yang dipersoalkan ramai, tapi sedikit yang bertindak ke atas persoalan itu.

Hanya gerhana, bukan terbenamnya matahari. Kehadiran tetamu di bumi London minggu lalu membuktikan kebenaran ungkapan ini. Tetamu dari mana? Dari bumi yang disebut oleh sejarawan Arab lampau sebagai al-Maghrib al-Aqsa, yang ertinya 'the Farthest West', atau. Tetapi blogger Melayu kontemporari menyebutnya sebagai Morocco.

'the deeper the foundation the stronger the fortress'- tadabbur slogan di Stadium Emirates 

Mengapa hanya gerhana? Kerana Alhamdulillah, terdapat masih ramai pemuda yang merasakan keperitan yang dialami umat pada zaman ini, abad ke-21 yang katanya sangat maju dari segenap bidang.

Di mana kemajuan harta jika disusuli kemajuan kemiskinan?

Di mana kemajuan teknologi jika dibayangi kemajuan metod penindasan?

Di mana kemajuan pendidikan jika masih tidak mengenal tujuan hidup?

Persoalan-persoalan yang memerlukan penelitian kita, wahai golongan terpelajar.

Jangan pernah kita berputus harap. Masih ramai rijal di luar sana yang menyedari hakikat bahawa sudah tiba masa penghujung gerhana itu. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Melihat dengan fikrah :-)


Anda pasti pernah menonton filem Pixar yang sangat popular, Toy Story bukan? Filem ini antara filem kegemaran saya, bahkan saya telah menghafal sebiji-sebiji dialog filem ini dan mampu memberi komentar selari kepada ‘adventure’ Woody dan rakan-rakannya. Yalah, jika kita berumur 5 tahun begitu banyak masa kita untuk menghafal skrip filem.


Tapi itu 15 tahun lepas. Pastinya dalam masa itu sudah banyak kita lalui dan sudah pasti kacamata kita berbeza. Melihat kembali filem Toy Story, saya tersentak dengan betapa Islamiknya filem ini, walaupun encik-encik di Pixar mungkin tidak sengaja pun buat sebegitu. Hidup ini kan tiada kebetulan.


Islamik???!!! Mengapa pula?? Jerit suara hati kita.


Lihat hero dalam filem pertamanya, Woody. Walaupun hanya sebuah patung koboi buruk, namun dia lebih faham tentang tujuan hidupnya berbanding kita. Sepanjang filem pertama ini, dia tidak pernah lalai dalam memperjuangkan tujuannya diciptakan. Apa tujuan itu?


“YOU ARE A TOYYYY!! You aren’t a real a real Buzz Lightyear, you are an action figure! You..are a child’s..plaything!!”


Sudah saya bilang, saya hafal skrip filem ini.


Seboleh-boleh Woody hendak menyedarkan Buzz yang lupa diri bahawa dia bukanlah seorang Space Ranger, dan tidak ada pun kuasa terbang dan laser. Sebaliknya dia hanyalah sebuah patung mainan yang selayaknya dimainkan oleh kanak-kanak. Kita pula? Fahamkah kita tujuan kita?


“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menghambakan diri (kepadaKu)..” (51:56)


“Dan (ingatlah) ketika tuhanmu berkata kepada para Malaikat: Sesungguhnya aku akan menjadikan khalifah di muka bumi..” (2:30)


Koyak. Woody lebih hebat dari kita.


Berapa banyak masa kita gunakan untuk memenuhi tujuan hidup kita? Persoalan lain pula, pernahkah kita mencuba untuk menyedarkan orang-orang seperti Buzz yang lupa?
Walaupun ketika itu dia ditinggalkan patung-patung mainan lain, Woody tidak pernah lekang dari usaha ini, untuk mengembalikan Buzz kepada tuan mereka Andy supaya dapat dimainkan dengan gilang-gemilang. Kerana bila kita melihat di bawah tapak kasut mereka, tertulis nama Andy.



Cuba kita lihat di tapak kasut kita, apa yang kita nampak?


Dan kita lihat kecantikan sequel-sequel filem ini, di mana dalam Toy Story 2 Buzz dan rakan-rakan yang lain pula cuba untuk menyelamatkan Woody yang sudah lalai. Walaupun terpaksa berjalan berpuluh-puluh batu (mengikut jarak patung mainan), memanjat elevator dan berlawan dengan Emperor Zurg, mereka tetap tidak mengalah. Mungkin mereka lebih faham surah ini;


“Demi Masa (1) Sesungguhnya manusia dalam kerugian (2) Kecuali yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran (3)”
(Al-Asr)



Jadi siapakah kita?


Adakah kita Woody, yang faham tujuan hidupnya dan bergerak untuk menyedarkan orang-orang (atau mainan-mainan) lain?


Adakah kita Buzz, yang asalnya lupa diri tetapi tersedar dan berbuat yang sama?


Adakah kita Slinky, si anjing lingkar yang menjadi penepuk tangan kepada Woody?


Adakah kita Rex, dinosor yang tidak menegakkan kebenaran kerana takutkan konfrontasi?


Atau adakah kita Mr Potato Head, si kentang yang sering membangkang?

Renung-renungkan, dan selamat beramal!!!



“you’ve got a friend in me..you’ve got a friend in me..you’ve got troubles well I’ve got ‘em too, there isn’t anything that I wouldn’t do..” – Encik Woody