Fantasi



FANTASI


Si anak berlari-lari. Membawa  stethoscope  mainan yang baru dihadiahkan oleh Sang Ayah.

Sungguh riang kelihatan, tidak dipedulikan alam sekeliling. Dalam fikirannya hanyalah

“aku seorang Doktor!”

Si ibu bertanya:
“Waah, seronok betul anakku ini. Tengah berangan-angan ape ni?”

Si anak pantas menjawab:
“Saya nak jadi Doktor. Nak selamatkan orang. nak jadi doctor paling hebat. Nak cure Aids. Supaya takde lagi orang menderita kat bumi ni Ibu~”

Si ibu menjawab :
Hebat cita-cita kamu.. insyaallah mungkin sekrang ini ia satu fantasi. tapi jangan kamu mengalah walau sedikitpun. Kerana dengan usahalah fantasi menjadi realiti. kerana tanpa fantasi, tidak mungkin kita mara. Kerana dengan fantasi, Kita tahu hala tuju Kita.
Itulah dikatakan Cita-cita.

***

Kita sering bertanya, mengapa orang yang Hebat boleh menjadi Hebat? Mengapa seorang lagenda boleh mendapat statusnya. Bagaimana Abu Bakr boleh menjadi hebat Imannya? Bagaiman Umar al-Khattab boleh berkuasa dengan mantapnya?

“tu orang dulu… zaman sekarang lain..” , “ diorang dah memang hebat, Kita lain”

Ya, memang zaman lain, memang suasana kita dilahirkan berbeza dengan mereka. Betul, memang betul. Tetapi ada satu sahaja yang menyamakan setiap manusia lazimnya tidak kira di zaman dulu atau kini. Itulah kebolehan berfantasi.

Dahulunya mereka berfantasi tentang alat komunikasi berjarak jauh.
~Poof~
Terhasillah Handphone

Dahulu manusia berfantasi tentang kenderaan yang bergerak di awan
~poof~
Terhasillah kapal terbang

Dahulu sahabat berfantasi tertegaknya Islam di muka bumi
~poof~
Berkuasalah Islam atas dua pertiga dunia

Begitu jugalah bagaimana manusia boleh terbangkan rumah dengan hanya gunakan belon. Dahulunya mereka berfantasi dengan lakarkan dalam animasi UP. Tapi kini.. fantasi menjadi kenyataan.

Dan begitu jugalah bagaimana Bilal bin Rabah boleh menjadi Mujahid yang hebat. Tapi dari manakah beliau bermula? Dari seorang Hamba hitam yang tiada nama. Tapi kerana beliau tidak takut untuk berfantasi; mengidam Syurga, mengidam menjadi Syuhada sehingga beliau sanggup menjangkaui kebolehan manusia untuk menahan seksaan ke atas dirinya.

Dan begitu jugalah bagaimana Sultan Muhammad Fatih boleh menjadi Pemimpin Muslim yang agung. Bercita-cita untuk menunaikan hadith Nabi tentang kejatuhan Rom Timur; Maka terbebaslah Constantinopole, dengan kesungguhan dan strategi yang tidak dapat difikirkan manusia biasa.

Jadi bagaimana Kita? Kita mengidam Syurga, tapi takut untuk menuju kearahnya. Kita mengidam kebangkitan Islam, tapi takut untuk mendukungnya.

Sejauh mana cinta kita kepada Allah dan Rasul?

Bukankah Dahulunya Kita pernah berfantasi. Ingin menjadi Doktor, menjadi engineer, menjadi guru, ingin menjadi manusia Berjaya yang dipandang tinggi oleh Dunia. Dan disinilah Kita. sedang mengekang mata, mengorbankan keselesaan, untuk berada diatas jalan menuju cita-cita.

Fikirkanlah.

Tidak pernahkah Kita berfantasi tentang kebangkitan agama?

Tidak pernahkah Kita berfantasi tentang Syurga?

Tidak pernahkah Kita berfantasi tentang perjumpaan denganNya?

Tetapi Fantasi hanyalah Fantasi

Jika Kita berdiam diri.

0 comments: