Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh kepada semua pembaca 'London, Kota Pengalaman'.
Hari ini penulis ingin menjual barang. Bak kata pemuda zaman sekarang, 'barang baekk punya!'
teringat cerita p ramlee, "hai obat hai obat mari beli obat~" |
Ha, mesti dah tergaru-garu kepala kan, apalah 'barang baekk' ni.
Pernah dengar tentang minyak argan??
Barangkali belum pernah, kerana minyak ni antara minyak yang paling jarang ('rare') di dunia, dan pokok argan hanya dijumpai di Morocco. Diceritakan, kambing pun sanggup memanjat pokok untuk makan buah argan.
saya bukan main-main.. ;) |
Khasiatnya memang banyak, dan sangat-sangat bagus untuk rawatan kawasan luaran badan, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.
Jerawat batu, parut, kulit kering, retak-retak, rambut bercabang...pendek kata, memang mujarablah, cuma kalau hidung tak mancung pipi tersorong-sorong saja yang tak boleh ubat. *pada hemat penulis, orang yang dapat sentuhan tarbiyah ni muka berseri-seri belaka*
Dan minyak argan ni bukan setakat sapu saja, ada yang boleh diminum dan ada dalam bentuk sabun! Kalau diminum, mampu menguatkan badan. Menurut riwayat sahabat penulis yang pernah pergi ke tempat memproses argan, di sana yang membuat kerja-kerja berat orang perempuan, sementara orang lelaki duduk di rumah. Rahsia mereka, minum minyak argan. Sungguh.
"Eh, kalau elok sangat kenapa saya xtahu sebelum ni? kalau tak mesti dah boleh kalahkan Olay, Fair & Lovely dan Safi Balqis."
Bagus soalan tu, dan artikel ini bukan mahu menjual obat, tapi mengambil pengajaran dari obat itu.
Bagi penulis sendiri, mula-mula mengenal minyak argan setelah dipromosikan oleh seorang sahabat yang terpercaya. Beliau memberitahu tentang khasiat-khasiat argan, testimoni-testimoni dari pengguna, malah pernah berkunjung ke kawasan argan itu sendiri.
Saya lihat mukanya. Licin dan berseri. Mungkin betul, luarbiasa minyak argan ni, bisik hati saya.
Saya mula percaya sedikit demi sedikit.
Dan beliau beri pula satu botol percuma kepada saya sebagai hadiah. Wahh, memang lepas ni saya canang kepada satu dunia tentang minyak argan!
Disebabkan kehebatannya berpromosi, penulis menjadi beriman (i.e. 'yakin') dengan khasiat argan, dan selepas mencuba, terbukti memang berkesan.
Bayangkan kalau tidak ada orang yang membawa dan mencanang2 kehebatan minyak argan. Terperuklah buah argan itu di bumi morocco, duduk di tanah yang kering, dimakan oleh kambing-kambing sebagaimana keadaannya sejak beribu-ribu tahun dahulu, dan tidak dapat dinikmati khasiatnya oleh orang ramai.
Itu baru minyak argan. kalau produk itu datangnya dari Allah sebagai rahmat kepada seluruh alam? kalau produk itu menjadi sebab kenapa Allah turunkan para nabi dan rasul?
Lagilah perlu kita promot. Kita canang keliling kampung. Kita ceritakan betapa indahnya agama ini. Kita tunjukkan contoh-contoh mereka yang telah berubah setelah mendapat cahaya. Dan kita sendiri menjadi duta-duta terbaik kepada Islam. Mesti laku 'produk' kita ni, insyaallah!
Sedangkan Olay pun memilih jejaka paling tempan untuk mempromosi pencuci mukanya, membuat ujian yang rapi, membelanja berjuta-juta untuk membuat iklan,
takkanlah kita yang membawa islam ini mahu jadi industri desa sahaja? ;-)
seharusnya kita berfikir seperti kompeni global seperti Apple, yang produknya digilai ramai dan namanya disebut-sebut di semua negara (kalau penulis diberikan iPad sebagai hadiah, seronok juga)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu." (2:208)
"Hai Islam, hai Islam, mari masuk Islam, kalau dah terlambat, tak dapat...~"
0 comments:
Post a Comment