Meet The Robinsons: Tonik Kehidupan



Pernah tak anda merasakan yang sangat perlu untuk anda lakukan sesuatu yang besar untuk meng'impress'kan orang disekeliling anda, supaya mereka akan menerima anda??
Hrm... Itulah gamaknya perasaan Louis dalam cerita Meet the Robinsons yang kita sama-sama saksikan pada minggu lepas. Setuju tak??

Cuba kita bayangkan semula, perasaan Louis, yang ditinggalkan ibunya di pusat anak-anak yatim. Perasaan sunyi, tandus kasih sayang dan dahagakan tempat untuk mengadu dan mencurahkan segala isi hati. Kesemua keinginan ini telah memandunya untuk mencipta berbagai-bagai ciptaan, semata-mata untuk menarik perhatian pasangan yang datang ke rumah anak-anak yatim tersebut supaya dia diambil sebagai anak angkat. Itulah pemandu, pemberi semangat, pendorong, pencetus, malah juga penawar duka Louis, sehinggakan walau berkali-kali gagal, dia tetap terus mencipta, kerana dia yakin, itulah kehebatan dan kelogaman yang ada padanya.

Namun, walau sehebat manapun motivasi yang ada pada diri kita untuk mencapai sesuatu, namun tatkala kegagalan datang menjelma berkali-kali seolah tiada berhenti, maka pada suatu masa akan terlintas, rasa kecewa, rasa sedih, rasa putus asa. Mulalah, persoalan-persoalan tentang perlukah sebenarnya kita menghabiskan segala-galanya untuk matlamat tersebut menderu laju melintasi fikiran yang keliru. Seperti juga Louis, tatkala mesin memori otak yang diciptanya untuk melihat siapa ibunya itu gagal berfungsi gara-gara sabotaj dari pihak kebatilan, dia merasa sangat kecewa dan malu, serta jiwanya penuh diisi putus asa yang bertalu. Pada waktu itu, terlintas segala pengorbanan yang dia lakukan, segala masa yang dia peruntukkan untuk semua itu, akhirnya seolah menjadi habuk yang terbang bersama angin lalu. Seolah segalanya sudah tamat, sudah berakhir dengan kegagalan yang cukup menderitakan.

Tapi lihatlah Louis yang baru. Louis apabila dia sedar dia sebenarnya punya misi, untuk kembalikan keamanan pada masa depan dan seterusnya menyelamatkan seluruh dunia dari kekejaman kebatilan. Lihatlah Louis ini. Bukan sahaja cukup kental dan tabah, malah bijak dan sangat bersemangat. Mengetahui tujuan hidup umpama tonik yang menggerakan seluruh badannya. Dalam masa yang singkat sahaja, dia mampu untuk membaiki kapal masa yang telah rosak, sedangkan dia yang sebelum itu tidak mampu melaksanakan tugas yang serupa. Louis yang baru ini, malah berjaya menghapuskan kebatilan tersebut, dan menyelamatkan seluruh dunia. Dan yang paling menariknya, apabila Louis punya peluang untuk melihat siapa sebenarnya ibu kandungnya, dia melepaskan peluang tersebut, kerana dia tahu, tugas dan tanggungjawabnya lebih besar dari perkara tersebut. Hatinya tidak lagi keliru dengan apa matlamat hidupnya. Dia tahu, apa yang telah berlaku pastinya ada hikmah, dan yakinlah ianya memang untuk kebaikan kita sendiri. Bak kata seorang penonton minggu lepas, mungkin kalau mak dia jumpa dengan dia(dah besar) masa nak tinggalkan dia(masa kecil), mungkin peristiwa itu tidak terjadipun, dan mungkin louis si pencipta yang hebat tidak menjadi apa yang dia sekarang ini.

Begitulah sebenarnya manusia. Apabila kita tahu tugas dan tanggungjawab kita yang sebenar, kita tersentak dengan realiti kehidupan, maka pastinya jiwa kita akan menjadi semakin matang dan semakin gagah. Pemikiran kita akan menjadi semakin kehadapan. Semangat(himmah) dan Keinginan(Iradah) pastinya kan memecut tinggi. Kegagalan yang datang tidak lagi akan dirasai, malah akan diambil sebagai satu pengajaran yang berguna. Kita akan sentiasa memandang kehadapan, apa yang akan kita sumbang untuk matlamat tersebut, apa yang mampu kita lakukan untuk mencapai tujuan yang baru itu. Kita tidak akan rasa ragu-ragu, ataupun rasa keliru dengan semua perkara yang berlaku dikiri dan kanan kita, kerana kita punya matlamat dan tempat tujuan yang jauh lebih penting dan bermakna. Lihatlah Louis, malah selepas mengetahui masa depan, dia terus mencipta dan mencipta dengan lebih bersungguh-sungguh, kerana dia tahu, untuk dia mencapai masa depan yang lebih cerah dan memberi manfaat kepada semua, dia mesti terus melangkah. Moga kita juga, dengan mengetahui tujuan hidup kita, akan lebih gagah dalam menghadapi ujian kehidupan ini.

Andai tujuan kita salah, pabila disambar ujian dan dugaan, maka pastinya akan reput segala semangat dan kekuatan yang pernah meresap dalam diri kita. Tapi, apabila Allah menjadi matlamat kita, PASTINYA, semangat kan jadi umpama air sungai yang tidak pernah kering, kerana kita tahu, Allah itu sentiasa ada, dan berkuasa atas segala-galanya.

Ingat lagi kan, tujuan hidup kita??

 وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
Tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. (Adz-Dzariyat, 51:56)
 وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ
Apabila tuhanmu berkata kepada malaikat, "aku ingin menciptakan didunia khalifah" (Al-Baqarah, 2:30)



Jom, jadi lebih hebat dengan memahami tujuan hidup kita!!! 
Kitalah 'abid kepada Allah, dan khalifah di atas muka bumi ini!!

Patutlah Abu Dzar masa tahu tujuan hidup dia terus menjerit-jerit beritahu dekat Arab Quraisy yang Allah itu Esa. Dia dah dapat 'tonik' tujuan hidup rupanya... hihi

Haa.... tentunya korang sendiri pun dapat baaaannnnyyyaaakkk lagi pengajaran lain kan? Ada ker yang nak share apa2 lagi? Boleh kita sama-sama belajar~~

Wallahua'lam.



**PS: Moga kita tidak menjadi seperti topi kebatilan dalam cerita Meet The Robinsons nih. Dia menolak tujuan penciptaannya sebagai pembantu manusia, malah menyangka dia mampu melakukan segala-galanya, sehinggakan dia sendiri telah menghancurkan seluruh dunia dengan keegoan dan kedegilannya. Nauzubillahimindhalik.

0 comments: