Pernah tak anda membaca buku Harry Potter? Kisah magic yang disemburkan macam-macam, raksasa labah-labah lah, lari laju-laju dan tembus dinding lah dan macam-macam lagi. Pernah kan? Macam mana pula dengan kisah Jack dan Kacang Ajaib. Gaduh-gaduh dengan mak, tiba-tiba buang kacang, tumbuh pokok tinggi melangit.
Panjat-panjat(ye yer je larat nak panjat tinggi-tinggi. Panjat pokok durian pun dah lelah..) jumpa gergasi dan angsa bertelur emas. Mesti pernah juga kan masa kecil-kecil dulu. [Credit]
Apa perasaan anda setelah membaca dan memahami cerita-cerita itu? Adakah anda tidak berasa apa-apa? Atau tertidur semasa baca buku tu? Tak ingat apa-apa atau ingat-ingat lupa? Penulis yakin, pasti ada antara anda yang dapat ambil pengajaran daripada cerita-cerita tersebut, bukan? Antara pengajaran yang biasa kita dengar mesti macam ‘’usaha sungguh-sungguh’’, ‘’keberanian’’, ‘’kena banyak bersabar’’, ‘’kebenaran pasti menang’’ dan sebagainya.
Tapi bagaimana pulak dengan kisah yang mungkin kita sudah dengar semenjak zaman-zaman di tadika dahulu sampailah dewasa ini, contohnya kisah nabi dan kisah sahabat. Pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah baca atau mendengar, malah menonton kisah-kisah sebegini, bukan?
Kisah Bilal bin Rabah yang diseksa dan dihempap batu kerana mempertahankan keislamannya, kisah Khabbab Al-Arat yang 'dipanggang' di atas api, kisah rentetan suka duka siri peperangan seperti Perang Badar, Perang Uhud dan sebagainya, kisah Hamzah dan Hind, kisah Hanzalah, kisah Rasulullah dibaling batu di Thaif, kisah patahnya gigi baginda dalam Perang Uhud dan banyak lagi kisah-kisah yg hebat dan menarik.
Jadi, bagaimana pula perasaan kita tentang kisah-kisah Rasulullah dan para sahabat ini? Apakah kita mendapat pengajaran-pengajaran yang berguna? Tema dan pengajaran seperti ‘’usaha sungguh-sungguh’’, ‘’keberanian’’, ‘’kena banyak bersabar’’, dan ‘’kebenaran pasti menang’’? Jika benar itu iktibarnya, Alhamdulillah, semoga Allah menambah kefahaman kita tentang agama ini.
Kisah Bilal bin Rabah yang diseksa dan dihempap batu kerana mempertahankan keislamannya, kisah Khabbab Al-Arat yang 'dipanggang' di atas api, kisah rentetan suka duka siri peperangan seperti Perang Badar, Perang Uhud dan sebagainya, kisah Hamzah dan Hind, kisah Hanzalah, kisah Rasulullah dibaling batu di Thaif, kisah patahnya gigi baginda dalam Perang Uhud dan banyak lagi kisah-kisah yg hebat dan menarik.
Gambaran tentera Islam ketika Perang Badar diadaptasi ke dalam filem 'The Messengger'
Jadi, bagaimana pula perasaan kita tentang kisah-kisah Rasulullah dan para sahabat ini? Apakah kita mendapat pengajaran-pengajaran yang berguna? Tema dan pengajaran seperti ‘’usaha sungguh-sungguh’’, ‘’keberanian’’, ‘’kena banyak bersabar’’, dan ‘’kebenaran pasti menang’’? Jika benar itu iktibarnya, Alhamdulillah, semoga Allah menambah kefahaman kita tentang agama ini.
Sekian.
Eh Kejappppppp!!!!!
Apa bezanya kita apabila membaca atau mendengar kisah Jack dan Kacang Ajaib dengan kisah kesabaran Bilal bin Rabah? Adakah berbeza kisah Harry Potter and Half Blood Prince dengan kisah Muaz dan Muawiz membunuh Abu Jahal? Kalau sama ajo, lebih baik kita baca buku kisah dongeng nih, tak perlu pening-pening fikir pasal sirah, kaitan dengan ayat quran la, kena selit-selit hadith pulak, blablabla... Boleh baca buku bergambar, boleh tengok kartun dan macam-macam lagi. Sama jer, fun-fun tapi dapat jugak pengajaran-pengajaran sebegitu. Setuju?
Aha, di sinilah berbezanya Sirah Rasulullah SAW dengan kartun-kartun/cerita-cerita dongeng dan fairy tales/cerita-cerita rakyat sebegitu. Benar, kedua-duanya ada pengajaran, dan tidak salah untuk kita membaca dan belajar kisah-kisah dongeng. Manakan tidak, cerita Sang Arnab dan Tuk Kura-kura pun sudah dikupas dan dijadikan silibes sastera BM di sekolah-sekolah. Cuma perbezaan yang terang jelas lagi kristal adalah, satunya adalah REALITI, dan satu lagi FANTASI. Satunya BETUL-BETUL TERJADI, satu lagi DIREKA-REKA SITUASI.
Erk… so what? Peduli apa kisah benar ker, bersamamu ker, telenovela ker, sinetron ker, apa kaitan dengan aku?
Kisah yang realiti, maksudnya, pernah berlaku, mungkin sedang berlaku dan akan berlaku. Manakala akal yang sihat pasti akan percaya fantasi yang kelihatan cool tetapi merepek-repek, kuda boleh terbang, ikan boleh bercakap, katak tukar jadi orang dan macam-macam benda luar tabi’i alam mustahil berlaku (secara fitrahnya).
Sekarang sudah nampak tak signifikannya?
Kisah Rasulullah SAW ini adalah satu episod peristiwa ‘’logik’’ yang berlaku, bersifat ‘’manusiawi’’, bukan ‘’magis’’ atau ‘’hypothetical’’. Setiap peristiwa yang kita dengar sebelum ini, kisah macam mana Muaz dan Muawiz bunuh Abu Jahal, itu semua adalah manusia yang normal, yang ada fizikal betul-betul sama dengan apa yang fizikal kita ada. Kisah Bilal yang menahan batu, itu pun kisah manusia yang ada kulit, yang ada receptor panas dan sakit pada badannya, yang ada hati dan perasaan. Kisah Rasulullah di baling dengan batu di Thaif, pun kisah manusia yang betul-betul terjadi, yang bukan direka-reka oleh penulis novel atau sasterawan terkenal. Darah yang mengalir dari tubuh Rasulullah semasa terluka tu pun, darah manusia biasa, yang bewarna merah likat mengalir bertakung ke dalam capar. Kisah-kisah ini pernah berlaku, dan tidak mustahil untuk berlaku semula!
Kisah Sirah yang kita dah dengar selama ini, bukan macam kisah Sinderalela yang boleh ada labu besar jadik kereta kuda atau Doraemon bersama pintu-suka-hatinya. Kisah sirah yang kita dengar nih, bukan kisah Red Riding Hood yang menyelamatkan nenek dia dari serigala. Bukan jugak macam kisah Sang Kancil dan Sang Buaya. Ia adalah kisah manusia sebenar, yang melakukan perubahan sebenar, yang logik, yang fitrah, yang telah-sedang-akan berlaku!
Bagaimana perubahan ini boleh berlaku lagi?
Sebagaimana [Kami telah menyempurnakan ni’mat Kami kepadamu] Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah [As Sunnah], serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. (151)
Demikianlah, Allah SWT telah mengutuskan ar-Rasul untuk mengetuai perubahan ini, dan ianya dilakukan tidak lain dan tidak bukan melalui institusi usrah itu sendiri. Ya, usrah yang mana kita membaca ayat-ayatNya, kita saling bermuhasabah untuk mensucikan diri, usrah yang mana kita saling mempelajari makna alQuran dan menggarap makna al-Hikmah, dan mempelajari segala macam serba-serbi kehidupan.
Daripada sinilah, segala perkara yang telah Baginda dan para sahabat lalui, kemenangan Islam membawa agama ini dan lalu tersebar luas ke tamadun-tamadun lain dapat dimulakan. Dan tidak mustahil, untuk kita sendiri melakukan perkara yang sama.
Ya, Kita sendiri akan menjadi se’’best’’ Anas bin An-Nadhir yang mencium bau syurga dalam Perang Uhud!
Kita boleh jadi seperti Hanzalah yang dimandikan jenazahnya oleh para malaikat!
Kita boleh jadi seperti Bilal bin Rabah yang didengari tapakan kakinya didalam syurga!
Kita boleh jadi seperti Talhah bin Ubaidillah yang digelar sebagai seorang syahid walaupun dirinya masih hidup!
Kita boleh menjadi semua ini, syaratnya, kita kena mula lakukan seperti mana mereka mulakan dahulu! Ayuh....!
1 comments:
I'm interested in advertising on your blog. Where can I find contact information?
Post a Comment