Berbunga-bunga hati ini pada musim bunga. Indahnya ciptaan Allah, pada musim ini kita dianugerahkan banyak nikmat.
Dedaun segar yang menyejukkan mata.
Bunga-bungaan yang baru mekar.
Dan langit biru yang terbentang luas.
Alam ini seakan-akan meraikan dan memberi suasana yang sangat bertepatan dengan hidayah yang diberikan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayatnya.
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." (6:125)
Allah melapangkan dada penerima hidayah untuk menerima iman.
Selapang langit yang biru pada hari yang cerah.
Sesegar hijau daunan.
Bunganya sedap mata memandang.
Dan buahnya enak lagi bermanfaat.
Hargailah hidayah yang diberikan oleh Allah ini, peganglah walaupun sedang nyawa kita ditarik.
Kerana kita tidak tahu, mungkin musim bunga itu datang hanya sekali.
Begitu juga hidayah Allah, mungkin ia hanya menyapa kita sekali sahaja. Jadi hargailah hidayah itu, peganglah ianya se-erat mungkin dan jangan biarkan ia terlepas. Ramai di luar sana terkapai-kapai mecari hidayah-Nya.
0 comments:
Post a Comment