Semasa di sekolah rendah dahulu, penulis selalu melihat kata-kata ini, yang diletakkan sebagai mural di dinding sekolah,
"satu jari dituding kepada orang lain, 4 jari lagi menuding ke arah kita"
eh. betul juga. kalau dua2 jari telunjuk menuding ke arah orang lain? 8 jari menuding balik ke arah kita! lebih banyak kita menuding, lebih banyak tempiasnya terkena di muka sendiri. aduh.
Banyak kali kita dengar orang mengeluh sebegini
"isy, ni mesti sebab Zamzuri*, kalau dia cepat sikit tadi mesti tak terlepas train"
"emm, sebab family dia kot perangai Mat Tom jadi macam ni. nak buat macamana, saya dah buat yang terbaik"
*nama sekadar hiasan
Allah berfirman dalam al-Quran,
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" (2:44)
astaghfirullah. betapa banyaknya alasan yang kita berikan, dan betapa kurangnya kita memuhasabah diri sendiri. Lebih parah lagi bagi kita yang sudah memahami tugas yang besar ini, tugas untuk menjadi tali-tali lasso yang mengeluarkan manusia dari kegelapan ke dalam cahaya.
sudah kita ketahui, bahawa kita perlu sedaya upaya untuk mematahkan hujah-hujah manusia di akhirat kelak.
adakah kita membantu mengemas beg zamzuri pada waktu pagi sebelum berangkat ke stesen tren?
Kalau family Mat Tom yg jadi halangan, kitalah yg perlu mengambil berat masalah Mat Tom, dan cuba menjadi seperti family dia.
'Umar ra merupakan seorang sahabat yang sangat hebat, tetapi beliau merasakan bahawa jika ada seorang sahaja manusia yang akan ke neraka, pasti orang itu ialah beliau.
allahuakbar. mari kita cermin diri dan berusaha dengan sebenar-benar jihad.
0 comments:
Post a Comment