Harput...!!?


Anda tahu Harput? Semua orang gemarkan Harput! Bayangkan kita ke Harput lalu menempah Mix Doner (take away). Kemudian bergegas pulang ke rumah dan khianat makan berseorangan di dalam bilik.

wajah-wajah khianat pelanggan Harput.

Kebab Harput adalah lebih nikmat jika dimakan dengan tangan bukan. Tiba-tiba baru teringat, omaigod ada assignment kena hantar esok! Bayangkanlah, dengan terburu-buru sampai terlupa basuh tangan, dan dengan tangan yang kotor itulah, kita bukak laptop lantas jejari mulus mula menari-nari menulis komen di Facebook membuat assingment, menekan-nekan kalkulator dan sebagainya. Lihatlah, sebab kekotoran tangan kita tuh, habislah kotor semua barang-barang kita dek sisa-sisa donor kebab yang tertinggal pada jari tadi.


Ok, erm, tapi sebenarnya, tiadalah akan berlaku perkara sebegini kan, sebelum buat kerja boleh saja pergi basuh tangan dulu.

Sebab kekotoran pada tangan kita itu terzahir dan nampak dengan mata kasar, mestilah kita akan rasa perlunya untuk mencuci dulu tangan itu sebelum buat kerja, khuatir akan mengotori benda-benda lain juga ye dok.

Tapi en en terkadang kita terlepas pandang pula kekotoran hati (dalaman). Kan ada potongan hadith: "...Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."

Setiap hari dalam sedar atau tidak, hati kita sentiasa dikotori dengan pelbagai perkara. Apa yang di dalam hati akan diterjemah ke bentuk akhlak dan perbuatan kita. Kotornya hati, mestilah akan kotor perilaku kita. Tak nak, tak nak. =(

Kita semua mesti sudah pernah menyusuri bait-bait surah an-Nas kan, tentang bagaimana syaitan dari kalangan jin dan manusia yang berhempas-pulas, tidak berhenti-henti menghasut dan meletak noda pada hati-hati kita.

Jadi, jika kelakuan kita tidak menepati citarasa yang disarankan Islam, makan hati kita lah yang perlu dikloroks dibersihkan terlebih dahulu!
Bagaimana ya? ^.^

Banyak caranya!
dan salah satu caranya ialah dengan mengingati Allah selalu. Ia mudah, tapi memerlukan mujahadah (kesungguhan) dan istiqomah (berterusan). Syaitan itu tempatnya bertenggek-tenggek di hati manusia. Kalau kita lupa Allah, mereka lepak di situ. Kalau kita ingat Allah, maka mereka lari lah. Jom jom halau syaitan!

Mari, bernasyid bersama-sama! \(^.^)/
"Every night and every day,
Never forget to say,
La ilaha illa Allah."

0 comments: