Hero saya!




Siapa hero saya?

Batman? Power Rangers? Suria Perkasa Hitam? Nah, don't think so. Kalau Mahathir? Mahatma Gandhi perhaps? Atau Abraham Lincoln? Pun tak. Kenapa? Sebab diorang takde class. Diorang tak cukup cool...




Ni nak jadi hero saya..? oh no no no~!!




Abes tu sapa hero saya?

Mus'ab bin Umair. Fulsetop. ;)

Ye, hero saya adalah Mus'ab bin Umair r.a.. Kenapa? Jangan tanya saya kenapa sekarang. Tunggu saya cerita pada anda siapa dia Mus'ab bin Umair ni, then only anda tanya semula soalan itu.

Mus'ab bin Umair adalah seorang mamat yang super cool. Serius saya tak tipu. Walaupun di zamannya tiada iPhone, Facebook, breakdance, Zara, Onitsuka Tiger dan blog yang sangat popular yang membuatkan seorang itu dianggap cool dan hebat, Mus'ab tetap seorang yang sangat cool dan hebat.

Ketika zaman muda remajanya, Mus'ab merupakan hot stuff di Mekah. Tiada seorang pun remaja perempuan yang tidak pernah tergila-gilakan Mus'ab. Namanya sering disebut-sebut dek ketampanan wajahnya yang mengalahkan Salman Khan mahupun Orlando Bloom. Pakaiannya... Memang the paling terbaik. Baik kualiti mahupun fesyen yang terbaru, Mus'ab memang sentiasa up-to-date, kiranya champion la dalam bidang berpesen ni. Dan harumnya Mus'ab sehinggakan setiap kali dia berjalan di kota Mekah, pasti orang ramai sudah dapat mengenali Mus'ab daripada jauh tanpa melihat wajahnya, kerana wangian yang dipakainya sangatlah melatop. Bukan setakat itu, Mus'ab juga disenangi ramai atas sifatnya yang sopan dan berlemah lembut (bukan baps ye!). Memang menjadi igauan bagi setiap bakal ibu mentua. Silap-silap ibu mentua pun boleh jatuh hati padanya. Begitulah hebatnya Mus'ab.

Selain daripada itu, Mus'ab juga merupakan anak kesayangan Inche Umair bin Hashim dan Puan Khunnas binti malik. Mus'ab dimanjakan dengan makanan yang paling baik, pakaian yang paling cantik dan apa-apa sahaja yang diinginkan oleh Mus'ab, pasti dipenuhi.

Rasulullah SAW, sebelum keIslaman Mus'ab, setiap kali bercerita tentang perihal diri Mus'ab pasti akan mengatakan,

"Tiada seorang pun yang lebih hensem di Mekah ini melainkan Mus'ab. Tiada seorang pun di kota ini yang lebih elok dan cukup pakaian dan makanannya melainkan Mus'ab. Tiada seorang anak pun yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang melainkan dia." (Auqa maqal...)

Begitulah super-saiyanya Mus'ab.

Apabila Islam mula menjadi buah mulut penduduk Mekah, Mus'ab mula tertarik dengan cerita-cerita yang didengarinya. Yalah, anak muda lah katakan. Semangat kuriositinya pastilah kuat! Nak dipendekkan cerita, selepas menziarahi rumah al-Arqam beberapa kali, mendengar ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan Rasulullah SAW, hati Mus'ab terus dipanah dengan panahan berapi hidayah Allah. Dan bak kata omputih, the rest is history. Sejak itu Mus'ab tidak pernah memandang ke belakang lagi.

Perubahan pada diri Mus'ab sangat ketara. Selepas Islamnya Mus'ab, hati, jiwa, raga, bakul dan semua-semualah yang ada pada dirinya, didedikasikan hanya untuk Allah dan RasulNya. Mus'ab meninggalkan seluruh dunia dan seiisinya di belakang kerana mahu mengejar akhirat yang kekal abadi.

Ha.... Macam nih barulah kool!!


Sedihnya, orang yang paling kuat menentang keIslaman Mus'ab adalah di kalangan ahli keluarganya sendiri, terutamanya Puan Khunnas. Setelah gagal memujuk Mus'ab dengan cara baik dan lembah lembut, kedua orang tuanya mengurung Mus'ab di rumah malah mengikatnya dengan tali. Malah diseksanya Mus'ab dengan harapan anak kesayangan mereka itu akan berputus-asa lantas kembali kepada agama nenek moyang mereka. Minta maaf la Pak Cik, Mak Cik, tak dapat punyalah! Tindakan mereka langsung tidak menggugat iman Mus'ab, malah menjadikannya bertambah kuat. Haruslah sentap kan Puan Khunnas dan Inche Umair; dah buat macam-macam pun tapi anak mereka tetap teguh pendiriannya! Pada masa yang sama, Mus'ab tidak pernah mengalah dalam memujuk Puan Khunnas, ibu kesayangannya itu untuk menerima Islam.

Pernah suatu hari Mus'ab mendapatkan ibunya yang kelihatan longlai dan tidak bermaya. Apabila ditanyakan sebabnya, Puan Khunnas memberitahunya bahawa dia telah berjanji di hadapan berhala untuk tidak makan dan minum selagi Mus'ab tidak kembali kepada agama asalnya. Anda tahu apa yang Mus'ab jawab..? Jeng jeng jeng...

"Andaikata ibu mempunyai 100 nyawa sekalipun, dan ia keluar satu persatu, saya tetap tidak akan berganjak daripada Islam yang saya yakini ini.."

Terasa nak nangis tak dengar jawapan Mus'ab tu..? Legend gile kan..? (Tiba-tiba terasa sedih dengan diri sendiri...)

Akhirnya akibat tidak lagi mampu menahan kedegilan anaknya itu, Mus'ab telah dihalau keluar daripada rumahnya. Maka bebaslah Mus'ab daripada cengkaman kedua orang tuanya. Mus'ab tinggal bersama para sahabat yang lain dalam keadaan yang sangat daif, sehinggalah perintah untuk berhijrah ke Habsyah diturunkan. Ketika itu umat Islam diseksa dengan amat dahsyat dan Mus'ab tidak terlepas daripada seksaan-seksaan yang maha kejam, walaupun suatu ketika dahulu Mus'ab merupakan seorang pemuda yang amat dipuja dan disayangi ramai



credit: angelwearsgucci.blogspot.com

0 comments: