Seringkali, kita ‘take for granted’ perkara-perkara yang sudah menjadi kebiasaan dalam hidup.
Contohnya makan. Pernahkah kita terfikir mengapa kita perlu makan? Untuk kenyang mungkin salah satu jawapan kita. Tapi kebanyakan masa ianya berlaku di bawah sedar, kita makan sebab kita nak makan. Atau kerana sudah ada talam di depan mata. Harput pun sedap juga. (Lihat post di bawah)
Contohnya makan. Pernahkah kita terfikir mengapa kita perlu makan? Untuk kenyang mungkin salah satu jawapan kita. Tapi kebanyakan masa ianya berlaku di bawah sedar, kita makan sebab kita nak makan. Atau kerana sudah ada talam di depan mata. Harput pun sedap juga. (Lihat post di bawah)
Atau kenapa kita sayang mak kita? Ada sahabat saya pernah cakap, ‘ayam pun ada naluri, sayang mak dia, kalau tak takkan anak ayam nak ikut je mak ayam.’ Eh, betul jugak, detik hati saya. Ayam kah saya ini? Apa bezanya saya sayang mak saya dengan anak ayam sayang mak ayam? @.@
penulis: kalau jadi anak ayam pun, mahu jadi yang taat |
Begitu juga dengan berkawan. Kebanyakan orang pasti mengatakan penting untuk hidup berkawan. Kalau tidak, takkan adanya Friendship Day atau sambutan hari lahir dan sebagainya. Sekali lagi saya tertanya, kenapa kita berkawan? Adakah sekadar untuk bermain bersama dan mempunyai teman untuk ketawa ketika kita membuat jenaka? Kebanyakan makhluk juga hidup berkawan. Singa, lebah, burung-burung. Mesti ada sebab lain Allah kurniakan kita kelebihan di atas makhluk2 bumi ini.
Pada satu hari dengan izin Allah saya terbaca tafsir surah al-Asr. Surah ini dari kecil saya baca dalam solat Asar, sebab nama sama.
“Demi masa (1) Sungguh, manusia berada dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran (3)”
Adoi. Kalau saya tidak mengikut tuntutan surah ini, rugikah saya? Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Nak berpesan-pesan mestilah dengan kawan-kawan, ye dok? Tersentap hati saya, terfikir kembali mengapa saya nak berkawan sebenarnya.
Hidup ini penuh dengan persoalan.
runsing? teruskan mengikuti blog ini... ;-) |
0 comments:
Post a Comment