salman al-farisi, pencari kebenaran


alhamdulillah, kebanyakan dari kita dilahirkan sebagai seorang Muslim.

di atas kad pengenalan Malaysia berwarna biru tertera agama kita : Islam.

Dari kecil kita dihantar ke kelas-kelas mengaji. Masa zaman penulis muda-muda dulu belum pakai Iqra' 1 hingga 6, penulis belajar menggunakan muqaddam yang mengandungi surah-surah juzu' 30.

Dan kita diajar subjek Pendidikan Agama Islam sehingga ke tingkatan 5.

nota kaki: penulis dulu selalu berseloroh macamana mahu menjawab soalan-soalan PAI. kalau ditanya 'apa kelebihan buat itu dan ini', jawapan mudah yang akan mendapat markah mesti 'dikasihi Allah dan Rasul', 'dikasihi ibu bapa' dan sewaktu dengannya. Ni zaman dulu-dulu lah, zaman muda-muda, zaman kurang faham. Sekadar hafal untuk periksa saja.

Memang mudah, lahir sebagai seorang islam di negara islam. terlampau mudah sehinggakan kita kadang-kadang 'take for granted' (ambil sambil lewa), bak kata mat salleh. kalau benar kita seorang muslim, apa hak-hak dan tanggungjawabnya? apa ye? kalau benar-benar diamalkan islam di negara kita, pasti bayi-bayi akan lahir dengan sah, dan dijaga dengan sebaiknya (minggu lepas banyak orang post di Facebook gambar bayi dikelar perutnya, ngeri sungguh -.-)

Jadi hari ini penulis ingin bercerita. Kisah seorang lelaki yang sangat hebat, yang berhempas-pulas semata-mata mahu mencari kebenaran.

Nama beliau Salman al-Farisi (Salman si Farsi). Beliau salah seorang sahabat Rasulullah yang masyhur dan namanya disebut-sebut ke hari ini. Apa istimewanya Salman al-Farisi?

Beliau bukan seorang Arab, seperti kebanyakan sahabat Rasulullah, tetapi beliau berasal dari Isfahan, yang ketika itu berada di bawah kerajaan Farsi yang merupakan salah satu superpower dunia ketika itu.


empayar farsi. madinah terletak di semenanjung arab, dalam kawasan oren di selatan empayar.
Jarak dari Isfahan ke Madinah: hampir 2000km. Ingat, waktu ni tiada kereta, kapal terbang dan sebagainya ;)
http://maps.google.co.uk/maps?saddr=Esfahan,+Iran&daddr=Madinah,+Al+Madinah,+Saudi+Arabia&hl=en&ll=28.420391,48.911133&spn=25.392789,29.355469&sll=32.641795,52.68122&sspn=3.057133,3.669434&geocode=FX448gEd2I8UAymZZzKM_jW8PzH1N1jvFni1eg%3BFWM-dQEdXo5cAinVINKXUb69FTHZCDvqT1FULg&vpsrc=6&mra=ltm&t=m&z=5

Salman al-Farisi lahir dalam keluarga yang berprestij dan kaya, ayahnya penjaga api Majusi yang tidak pernah padam, yang disembah oleh kebanyakan orang Farsi.

Pada suatu hari, dia melalui sebuah gereja Kristian. Dia kagum melihat ibadah mereka dan berkata "ini lebih baik dari agama kami." Setelah pulang ke rumah, Salman menceritakan kepada ayahnya tentang apa yang berlaku. Ayahnya menjadi berang mendengar kekaguman Salman terhadap agama Kristian, merantai kaki Salman dan mengurungnya.

Tak lama kemudian, Salman mendengar berita kedatangan kabilah dari Syria. "Syria, tempat bermulanya agama yang baik itu!" Dia dapat melepaskan diri dari kurungan, dan mengikut mereka ke Syria. Di sana, dia menemui ketua gereja dan tinggal bersamanya untuk mempelajari agama Kristian.

Tapi paderi ini tidak amanah! Dia mengumpulkan wang dari orang ramai, kononnya untuk sedekah, tapi kemudiannya paderi menyimpan wang derma untuk dirinya sendiri. Hati Salman yang bersih merasakan sesuatu yang tidak kena dengan amalan paderi ini. Setelah paderi korup meninggal, dia digantikan dengan seorang yang warak dan 'alim, dan Salman lebih sayang kepadanya berbanding sesiapapun.

Tapi ditakdirkan paderi ini juga menemui ajal, dan sebelum beliau meninggal Salman sempat bertanya,

"Kepada siapa kau tinggalkan aku?"

"Wahai anakku, aku tidak tahu orang yang mengikuti jalanku..melainkan seorang lelaki di Mosul.(Iraq)"

Terjadi perkara yang sama.

"Pergilah ke Nisiibin"

Sekali lagi.

"Pergilah ke 'Amuriah (di Rum)"

Sekali lagi. Tapi kali ini sedikit berbeza.

"Aku tidak tahu siapa-siapa yang mengikuti jalan ini..tetapi telah tiba masanya seorang Rasul datang membawa ajaran nabi Ibrahim. Dia akan berhijrah ke kawasan pepohon tamar. Tanda-tandanya; dia tidak mengambil sedekah, tapi menerima hadiah; di antara bahunya ada tanda kenabian. Apabila kau melihatnya, kau pasti mengenalinya."

Lalu Salman mengikut sebuah kabilah. Tapi Salman ditipu! Kabilah itu menjualnya kepada seorang Yahudi Bani Quraizah, dan Salman terpaksa bekerja dengannya. Suatu hari, semasa di atas pohon tamar, Salman mendengar berita kedatangan seorang lelaki dari Makkah yang mengaku dirinya nabi. Salman menggigil. Inikah yang dicari-carinya selama ini??

Salman berjumpa dengan Nabi di Qubaa', dan menghulurkan sedikit makanan kepada Rasulullah. "Aku ingin memberikan makanan ini sebagai sedekah." Rasulullah memberikan makanan tersebut kepada para Sahabat tetapi baginda sendiri tidak menyentuhnya. "Ini salah satu tanda..baginda tidak makan dari sedekah!"

Keesokannya Salman melakukan perkara yang sama, "aku mahu memberikan sesuatu sebagai hadiah". Rasulullah pun makan makanan tersebut bersama para Sahabat.

Tidak lama selepas itu Salman berjumpa dengan Nabi SAW, menyapanya dan berusaha untuk melihat belakang badan Rasulullah. Tapi Rasulullah sudah tahu hajat Salman. Baginda menyelak pakaiannya, dan benar, ada tanda kenabian di antara bahunya. Akhirnya Salman berjumpa kebenaran yang dicarinya, lalu beliau mengucup Rasulullah sambil airmatanya mencurah-curah.


Itu kisah Salman mencari kebenaran. Dikurung, terpaksa berjalan beribu-ribu batu, gurunya meninggal satu-persatu, tapi beliau tidak kisah. Sebab tiada apa yang lebih berharga dari kebenaran.

Kita pula? sejauh mana usaha kita untuk mencari dan menjaga nikmat yang diberikan oleh Allah SWT ini? :-)

Jadi sepasang kasut lebih baik


Assalamualaikum,

Dari zaman-zaman sekolah dulu, penulis suka menulis cerita. Paling seronok sekali tulis karangan autobiografi, karangan tentang kehidupan barang-barang yang tak bernyawa.

'aku sebatang pensel'.
'aku sebuah kereta'.
'aku sekeping laptop'.

Karangan autobiografi ni pernah menjadi bahan jenaka penulis dan rakan. Sebab apa? sebab jalan ceritanya sangat 'cliche'. Contohnya;

"Aku sepasang kasut. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Lembah Beringin. Selepas dilahirkan, aku diberikan nama Crocs. Aku diwarnakan dengan warna hitam, dan di bahagian depanku ada corak-corak petak hitam dan putih, seakan-akan corak papan catur. Ada yang mengatakan aku sebahagian daripada konspirasi Illuminati. Ah! Pedulikan apa orang cakap, asalkan cantik di mata sendiri.


Aku kemudiannya dijual di sebuah kedai di Jusco Prai. Seorang lelaki datang membelek-belekku.Tak sampai 5 minit, aku dibeli dan dibawa pulang ke rumahnya. Cantik rumahnya, sesuai dengan statusku sebagai kasut Crocs yang mewah. Tuanku sangat menyayangi aku, diletakkan aku dalam rumah supaya tidak dicuri, dan aku dibangga-banggakan kepada rakan-rakannya.

Setiap hari aku dibawa ke sana ke mari, melalui jalan simen, jalan berjubin, jalan tar. Kadang-kadang terpijak benda yang kurang enak. Jijik! jerit hati getahku. Tapi apakan daya, aku hanya sepasang kasut, nak mengadu pun tak boleh.

Lama-kelamaan, aku semakin uzur, badanku semakin kurus dimamah jalan tar yang kasar. Tapakku yang dahulu berbunga semakin licin, badanku berhabuk dan kotor. Aku risau, menanti hari yang pasti tiba...

..Memang, telah ditakdirkan hidupku berakhir di buangan. Kecantikan yang dulu aku bangga-banggakan, tak berguna sedikitpun sekarang. Aku pasrah, mungkin aku akan dihantar ke rumah kebajikan, masjid ataupun Somalia. Apakan daya, aku hanya sepasang kasut."

Nota kaki : kepada adik-adik sekolah kebangsaan yang membaca blog ini, penulisan di atas tidak akan mendapatkan anda gred A, sebaliknya guru akan menuduh anda meminta abang anda untuk menulis karangan.

Macamana agaknya kalau ditulis autobiografi bertajuk 'aku seorang Manusia moden' ye?



"Aku seorang manusia moden. Aku dilahirkan di sebuah hospital di Lembah Beringin. Selepas dilahirkan, aku diberi nama Khairol. Aku berkulit sawo matang, berambut hitam jambul di depan. Ibu bapa aku sangat gembira dengan kelahiranku. "tengok, comel kan baby i" kata ibuku kepada rakan-rakannya. Setiap hari aku dimanjakan oleh mereka, semua yang aku nak mereka belikan. Indah sungguh hidup.

Bila cukup usiaku, aku dihantar ke sekolah. Setiap hari mak akan berpesan, 'belajar elok-elok ye, nanti boleh jadi doktor, kerja doktor banyak duit.'

Seusai sekolah rendah, aku memasuki sekolah menengah. Gayaku yang ranggi menyebabkan rakan-rakanku memanggilku K-Rok. Ranggi-ranggi pun, aku tetap belajar. Keputusan cemerlang semasa SPM menyebabkan aku ditawar untuk belajar perubatan di Ireland. 'Wah, nanti dah kerja mesti banyak duit', getus hati kecilku.

7 tahun yang memeritkan di Ireland, ditambah beberapa tahun yang jerih di hospital kerajaan, ditambah beberapa tahun lagi, aku akhirnya bergelar Doktor Pakar. Gaji bulananku lumayan, aku memakai kereta mewah, dan makcik-makcik di rumah semuanya memandang tinggi kepada aku. Memang gah!

Beberapa tahun berlalu lagi. Aku sudah semakin uzur, badanku semakin lemah dimamah penyakit kronik. Aku berhabis wang untuk mengubat penyakit ini, tapi masih tak sembuh. Rambut hitamku yang bersinar sudah tiada, badanku gamaknya seperti orang dalam kemarau. Aku tahu kesudahan penyakit ini, tak dapat ditolak lagi..

..Kini di akhir usia, wang yang aku kumpulkan dulu tak berguna sedikitpun. Mana kereta mewahku? Mana rumah bangloku? Aku telah melupakan tujuan sebenarku..."

Nota kaki 2 : adik-adik kalau buat karangan di atas, nescaya guru anda akan sujud keinsafan sambil mengalirkan air mata.

Demikianlah kisah seorang manusia moden..lebih kurang saja macam sepasang kasut bukan? Rutin hidup yang sudah boleh diramal, akhirnya berakhir dalam keadaan yang mengharukan.

Sekurang-kurangnya kasut itu mampu berbakti, melaksanakan tujuan hidup melindungi kaki tuannya di kala kedinginan musim sejuk London. Kita?

saudara, saudara ni dari mana?


Kalau anda berpeluang untuk ke London, Kota Pengalaman (juga dikenali sebagai Kota Chicken & Chips, Kota Museum Percuma dan Kota Bangunan Bersejarah), ambillah peluang untuk melawat musolla (surau) di universiti-universiti seperti Imperial College, London School of Economics dan King's College. Kalau bernasib baik, anda akan ditegur oleh saudara-saudara seislam dari merata tempat. Kemungkinan besar perbualan anda akan berbunyi begini:


Saudara A: "assalamualaikum brother! where are you from?"
(assalamualaikum saudara? anda dari mana?)

Anda: "i'm from malaysia."
(saya dari malaysia.)

Saudara A: "Masyaallah! Malaysia is a very good islamic country, first class."
(Masyaallah! Malaysia tu negara islam yang sangat bagus, kelas pertama.)

erk..kelas pertama? -.-

Sebagai seorang yang telah hidup dalam negara malaysia untuk sebahagian besar hidupnya, penulis berasa agak, emm, ragu-ragu dengan persepsi di atas.

kalau anda berpeluang untuk datang ke London, Kota Pengalaman, cubalah untuk bandingkan dengan keadaan di malaysia.

pemakaian? lebih kurang.

sistem perundangan? diambil dari sistem perundangan tinggalan British.

cara fikir?
barat : "every individual should have freedom to do what they want in pursuit of happiness" (setiap orang bebas melakukan apa yang dia suka untuk mendapat kebahagiaan)
malaysian : "suka hati akulah nak buat apa, kubur kau kubur kau, kubur aku kubur aku"

iyalah, tapi kalau kubur awak tu kat sebelah, tak ke bingit telinga saya. *pernyataan berseloroh ni saya dengar di sekolah menengah dulu*

kalau lihat dari segi akhlak orang di UK ni, kadangkala terasa lebih 'islamik' pula berbanding di tanah air sendiri. Contoh: Kalau anda berdiri di lintasan zebra, kereta yang sedang memecut laju pun akan berhenti untuk memberi anda laluan.


Pernah penulis cuba untuk melintas jalan di lintasan di malaysia. Makin nampak orang di tengah jalan, makin pecut pula pemandu tersebut -.-

Syeikh Muhammad Abduh pernah mengatakan, "Saya pergi ke Barat dan melihat Islam, tapi tiadanya Muslim; saya pulang ke Timur dan melihat orang Muslim, tapi tiadanya Islam".

Kadangkala penulis segan apabila rakan-rakan islam dari negara lain mengatakan bahawa malaysia itu negara islam contoh. Masyarakat UK yang dikatakan mengalami keruntuhan moral pun lebih baik perlakuannya. Kalau dibandingkan dengan para sahabat, ya Allah...jauhnya T_T

Sebelum ini, rasa begitu selesa. Makanan halal, roti canai begitu senang nak dapat. setiap waktu dengar azan. Bila ditakdirkan ke negara yang terbuka luas semua 'peluang', baru penulis sedar, betapa bernilainya iman secebis ini.

isi penting dari gambar : benda2 menarik menanti anda di luar zon selesa! :D

Baru mula mendalami apa itu islam yang sebenarnya.

Baru sedar, jauh lagi perjalanan kita. banyak lagi perlu dilakukan.

Roti Canai Satu!


Di London, Kota Pengalaman, semua benda ada.

Makanan halal banyak. masjid pun banyak. orang islam pun ramai.

(Nota kaki: penulis gemar menggunakan i kecil untuk pkataan 'orang islam', dan bukan I besar. kerana I besar tu kata nama, i kecil kata kerja. jelas? ;) )

tapi satu benda yang susah sangat nak jumpa di London, Kota Pengalaman ni tapi kita ambil sambil lewa di Malaysia Oh Tanahairku.

"boss, mau makan apa?"

"roti canai satu, kuah banjir".


"SIAP!!!"

*penulis mengesat air mata yang jatuh ke dalam emping jagung + susu yang menjadi sarapan harian*

Allah memang Maha Bijaksana kan? sampai roti canai pun boleh kita ambil pengajaran. =D

Ini antara analogi paling awal yang melekat dalam ingatan penulis, mungkin kerana roti canai tu membawa imej positif kepada semua lapisan masyarakat malaysia.

(nota kaki kedua: penulis paling gemar roti tampal, roti canai biasa yang ditampalkan telur di atasnya. lebih sedap kalau kuning telur masih cair.)

menggiurkan bukan?

mahukah jika penulis memberitahu tentang sesuatu yang jauh lebih sedap dari roti canai?

bayangkan makanan yang terlampau sedap, sehingga menyebabkan kita tergamam berpuluh2 tahun. bayangkan ruang yang saaaaaaaaangat luas, seluas langit dan bumi. bayangkan, apabila kita berjumpa sesiapa sahaja, mereka semua tersenyum sambil mengucapkan salam.

indahnya~ *sambil mata bersinar2*

bila kita meminta roti canai, pinggannya akan datang sekali. Tapi jika kita meminta pinggan, hanya pingganlah yang sampai.


Pinggan Royal Doulton yang eksklusif pun tak berguna tanpa roti canai ~

Samalah dengan kehidupan kita di dunia ni. Kalau akhirat yang kita cita-citakan, dunia akan menyusul. Tetapi, kalau dunia menjadi apa yang kita kejarkan,

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
"Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan serta perhiasan, juga bermegah-megah di antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; 


samalah seperti hujan yang menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar, selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai 


dan di akhirat ada azab yang berat dan keampunan besar serta keredaan dari Allah; dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

(Al Hadiid:20)

Begitulah perumpamaan kehidupan akhirat dan kehidupan dunia. Jelas? ;-)

Tadabur Biology: Life Cycle


Everything has its life cycle. 
From this tiny bacteriophage.... 
[rather known as viruses that infect bacteria. Yes, viruses are a lot smaller than bacteria! They get into the bacteria, and reproduce, then when released, re-infect, re-produce again, and so on] [source]

To this Drosophila..... 
[what a fancy name. It's actually lalat buah[source]

And this beautiful creature butterfly...[source]

And us! [source]

Generally all of us have a similar life cycle.
It's a cycle so it should be the same la.
Aha, so what does make us different with those lalat-lalat and kuman-kuman?

You see, at least bacteriophage, Drosophila and butterfly have served their purposes of life before the end of each cycle. 
If you took Ecology or Organism Biology or Virology or Bacteriology or stuff like that, you might have learned their roles in this world. 
For example, 
bacteriophage is used for DNA sequencing.
You need virus to produce vaccine and bacteria to get anti-bacteria 
in order to fight flu or diseases. 
Drosophila is widely used for many researches especially in genetics.
(And you need butterfly to take pictures with together with flowers at Hyde Park because they are cute).
Ask Biologists, they know.

But truly He knows more than the Biologists do.

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ 
هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Who remember Allah while standing or sitting or [lying] on their sides and give thought to the creation of the heavens and the earth, [saying], "Our Lord, You did not create this aimlessly; exalted are You [above such a thing]; 
then protect us from the punishment of the Fire. Ali-Imran [3:192]

But then.......... 
how about us? Our roles? Our purposes of life? 
Do we really know why exactly are we created? 
Don't ask Biologists this time. Because the answer is already there. 

Watch this, and think. =) Tell me the answer if you got it. 

 

Kenape eh takleh jalan lurus?


Boleh tak kalau anda meluangkan masa selama 3 minit untuk menonton video ini, please?

Kalau boleh, sila tonton sekarang. =)


Pak Cik dalam video itu telah berkata,
"There is apparently a profound inability in humans to stick into a straight line when blindfolded or when there is no fixed point; no sun, no moon, no mountain top, to guide them..."

Aha. Anda dah dapat pointnye kan? ^^

Itu kalau mata ditutup gelap (blindfolded). Bayangkan kalau hati yang gelap ditutup dengan noda dan dosa, serta syaitan-syaitan yang bertenggek sedetik kita terlupa Allah. Maka tersasarlah kita dari jalan yang sepatutnya.

Sungguh! 

Ibnu Abbas berkata : Syaitan bertenggek di hati anak Adam,
jika (anak Adam) lupa dan lalai maka dia membisikkan
(sesuatu) dan jika (anak Adam) mengingati Allah maka dia pergi.

O Allah help me, help me! [kredit]

Banyak jalan yang akan kita jumpa. Ada jalan yang nampak cantik dan best, glamour pulak tuh. Tetapi ianya terlalu pendek dan kebahagiaannya tidak kekal, putus separuh jalan. Sobs2 :'(
Ada jalan yang kadang-kala nampak susah dan tidak glamour, malah kelihatan asing (gharib) dan kadang-kadang dicemuh pula. Tetapi jalan inilah yang menjanjikan kebahagiaan hakiki, jalan paling lurussssss membawa kita ke destinasi yang diimpi. Yeay :D

Faham kan? ^_^

Tidak susah memilih dan menyusuri jalan yang sebenarnya (walaupun tengah blindfolded!). Hanya bergantung kepada fixed point yang dibekalkan.

Apa lagi kalau bukan

alQuran dan sunnah.

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Al-Baqarah [2:2]

Syaratnya, kenalah yakin (iman). Dan menjadi orang bertaqwa.

Kita memang tidak sedar kalau kadang-kadang terpelecot dari jalan yang betul, sebab hidangan keseronokan dunia itu memang lazat.
Belajar dan fahamilah al-Quran. Rujuklah sunnah Nabi. Berdampinglah dengan orang-orang yang boleh sama-sama berjalan dan mencari arah yang sebenar.

Okeh? =)

Hanya untuk muhasabah diri, sejauh manakah kita beriman dengan ayat yang saban hari kita baca dari pagi hingga malam;

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus. al-Fatihah [1:6]

Short tazkeerah: Singkat sungguh!


Baru-baru ini, penulis telah mendapat satu kerja kursus berkumpulan. 

"Katakanlah anda telah bertemu dengan Encik Alan Sugar. Anda mempunyai masa 5 minit untuk menerangkan tentang plan bisnes dan seterusnya membuktikan kepada beliau yang anda layak menerima 20 juta pound untuk memulakan bisnes tersebut."

Anda kenal Alan Sugar? Ok, itu tidak penting, kerana penulis juga tidak mengenali beliau walaupun telah berada di UK beberapa tahun.


Yang pentingnya, pound tau nilainya, bukan ringgit. Kalau ringgit, ce darab 5. 100 kat pound tu. 

Maka 5 minit adalah suatu tempoh yang cukup singkat untuk mendapatkan sejumlah ganjaran sebanyak itu. Jadi penulis dan ahli kumpulan sangat 'blur' dan berdebar-debar, apakah yang patut dilakukan dalam masa 5 minit untuk membuktikan layaknya kami menerima tawaran itu? 

Kuncinya: menggunakan segala bahan yang ada, segala masa yang ada, segala kudrat yang ada, dan bersungguh-sungguh membuktikan kepada Encik Alan Sugar bahawa kami layak menerima wang itu! 

Ya! 

Ketahuilah, hidup kita pun sekejap cuma. Cukup singkat. Bagaimanakah mahu membuktikan kepada Tuan Yang Maha Memiliki, bahawa kita layak menerima syurga yang ditawarkan? Pahala yang diwarwarkan? Rahmat yang dinanti-nantikan? 

Semuanya terserah kepada diri kita.

Bagaimana kita menggunakan tempoh hidup yang cetek ini.

كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا
(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya; seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja. An-Nazi'at [79:46]



kisah minyak argan


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh kepada semua pembaca 'London, Kota Pengalaman'.

Hari ini penulis ingin menjual barang. Bak kata pemuda zaman sekarang, 'barang baekk punya!'

teringat cerita p ramlee, "hai obat hai obat mari beli obat~"

Ha, mesti dah tergaru-garu kepala kan, apalah 'barang baekk' ni.

Pernah dengar tentang minyak argan??


Barangkali belum pernah, kerana minyak ni antara minyak yang paling jarang ('rare') di dunia, dan pokok argan hanya dijumpai di Morocco. Diceritakan, kambing pun sanggup memanjat pokok untuk makan buah argan.

saya bukan main-main.. ;)
Apa yang mujarab sangat pada minyak argan ni??

Khasiatnya memang banyak, dan sangat-sangat bagus untuk rawatan kawasan luaran badan, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Jerawat batu, parut, kulit kering, retak-retak, rambut bercabang...pendek kata, memang mujarablah, cuma kalau hidung tak mancung pipi tersorong-sorong saja yang tak boleh ubat. *pada hemat penulis, orang yang dapat sentuhan tarbiyah ni muka berseri-seri belaka*

Dan minyak argan ni bukan setakat sapu saja, ada yang boleh diminum dan ada dalam bentuk sabun! Kalau diminum, mampu menguatkan badan. Menurut riwayat sahabat penulis yang pernah pergi ke tempat memproses argan, di sana yang membuat kerja-kerja berat orang perempuan, sementara orang lelaki duduk di rumah. Rahsia mereka, minum minyak argan. Sungguh.

"Eh, kalau elok sangat kenapa saya xtahu sebelum ni? kalau tak mesti dah boleh kalahkan Olay, Fair & Lovely dan Safi Balqis."

Bagus soalan tu, dan artikel ini bukan mahu menjual obat, tapi mengambil pengajaran dari obat itu.

Bagi penulis sendiri, mula-mula mengenal minyak argan setelah dipromosikan oleh seorang sahabat yang terpercaya. Beliau memberitahu tentang khasiat-khasiat argan, testimoni-testimoni dari pengguna, malah pernah berkunjung ke kawasan argan itu sendiri.

Saya lihat mukanya. Licin dan berseri. Mungkin betul, luarbiasa minyak argan ni, bisik hati saya.

Saya mula percaya sedikit demi sedikit.

Dan beliau beri pula satu botol percuma kepada saya sebagai hadiah. Wahh, memang lepas ni saya canang kepada satu dunia tentang minyak argan!

Disebabkan kehebatannya berpromosi, penulis menjadi beriman (i.e. 'yakin') dengan khasiat argan, dan selepas mencuba, terbukti memang berkesan.

Bayangkan kalau tidak ada orang yang membawa dan mencanang2 kehebatan minyak argan. Terperuklah buah argan itu di bumi morocco, duduk di tanah yang kering, dimakan oleh kambing-kambing sebagaimana keadaannya sejak beribu-ribu tahun dahulu, dan tidak dapat dinikmati khasiatnya oleh orang ramai.

Itu baru minyak argan. kalau produk itu datangnya dari Allah sebagai rahmat kepada seluruh alam? kalau produk itu menjadi sebab kenapa Allah turunkan para nabi dan rasul?

Lagilah perlu kita promot. Kita canang keliling kampung. Kita ceritakan betapa indahnya agama ini. Kita tunjukkan contoh-contoh mereka yang telah berubah setelah mendapat cahaya. Dan kita sendiri menjadi duta-duta terbaik kepada Islam. Mesti laku 'produk' kita ni, insyaallah!

Sedangkan Olay pun memilih jejaka paling tempan untuk mempromosi pencuci mukanya, membuat ujian yang rapi, membelanja berjuta-juta untuk membuat iklan,

takkanlah kita yang membawa islam ini mahu jadi industri desa sahaja? ;-)

seharusnya kita berfikir seperti kompeni global seperti Apple, yang produknya digilai ramai dan namanya disebut-sebut di semua negara (kalau penulis diberikan iPad sebagai hadiah, seronok juga)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu." (2:208)


"Hai Islam, hai Islam, mari masuk Islam, kalau dah terlambat, tak dapat...~"




Edisi khas dari Maghribi: Ikhwah mencari Ukhuwwah =)


بسم الله الرحمن الرحيم 


Salam wrh wbt


Setelah beberapa kali asyik menerima ziarah dari orang London sahaja ke Morocco, akhirnya sampai jua tiga ikhwah Morocco ke bumi London ini. (Encik *R* tidak termasuk dalam tiga orang ini kerana beliau telah pun menjadi PR [permanent resident] UK =p ). Penantian selama hampir dua jam di luar balai ketibaan teramat berbaloi apabila akhirnya lebih kurang pukul 12.15 pagi muncul lah kelibat Anas, Haikal dan Rahman. 




Balai ketibaan Stansted Airport, London yang sering menjadi saksi pertemuan dan perpisahan kita. Cewah. 

Jalan-jalan London (bahagian I)

Maka perjalanan bermula di sekitar kawasan London- South Kensington, Hyde Park, Chelsea, Arsenal dan lain-lain. =D 

Bergambar ketika menunggu 'tube', kereta api bawah tanah yakni salah satu sistem pengangkutan yang terpenting di London. Tapi pagi-pagi nak ke kelas memang packed macam sardin.. -.- (macam naik bas dari Mahattah Turuqiyyah lah hehe)

Di pintu masuk  جامعة الإمبريال لندن (Imperial College London). Ramai Melayu di sini. =)

Melihat dari jauh patung-patung gergasi yang membawa simbolik sebesar saiznya. Prince Albert Memorial di Hyde Park. Prince Albert berada di tengah-tengah seolah-olah memayungi empat penjuru dunia- Eropah, Asia, Afrika dan Amerika. Cubalah lihat apakah yang diletakkan oleh mereka pada kedudukan tertinggi- agama (yang dilambangkan di sini oleh lambang salib). Betapa 'izzahnya' mereka dengan agama mereka sehinggakan penguasaan ke atas dunia ini disandarkan kepada agama mereka. 
Cuba lihat kedudukan kita sekarang. Islam pernah berada di puncaknya- Ustazyatul Alam lebih 700 tahun yang lalu di mana Empayar Islam menguasai 2/3 dunia ketika zaman kegemilangan Abbasiyah.
Tapi, di mana Islam sekarang? Dan di manakah diri kita? Sekadar suatu muhasabah dan renungan.

 
Berjalan, melihat dan mentafsir di Hyde Park London, salah satu taman yang terbesar di kota London. Subhanallah, kecantikkannya berubah mengikut musim- luruh, sejuk, bunga dan panas. Kalau nak merasainya, mai lah London hehe ^^

Jalan-jalan Portsmouth
Perjalanan diteruskan di wilayah Portsmouth, sebuah bandar pelabuhan di selatan England. Di sinilah akh Yazid dan 5 lagi ikhwah (bersama beberapa orang Malaysian lain) menetap. 

Makan talam bersama ikhwah Portsmouth. terima kasih atas layanan terbaaaik tuan rumah =)

Shopping sakan kat Sports Direct, gedung membeli-belah kegemaran pelajar Malaysia di UK (dan juga dari Maghribi!)
Di hadapan Southsea. Plan nak berpiknik tapi tak sempat -.-

Rugilah apabila peluang pertemuan antara dua benua ini tidak digunakan untuk اجلس بنا نؤمن ساعة (duduk sebentar, beriman sejenak- petikan dari kata-kata seorang sahabat hebat, Mu'az bin Jabal r.a.). Malam itu, perkongsian sebuah video yang membincangkan realiti kehidupan remaja Malaysia bertajuk Ini Kisahku (inshaAllah nanti akan diceritakan panjang lebar di entry lain) dan video Ini Sejarah Kita, suatu kupasan tentang naik turunnya ummat Islam dan apakah di sebalik kegemilangan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu (juga inshaAllah kat entry lain kita sembang pasal ni hehe). 


Jalan-jalan London (bahagian II)
Sekembalinya ke London dari Portsmouth, penjelajahan kota metropolitan London diteruskan. Kali ini, Central London menjadi fokus, antaranya Trafalgar Square, Big Ben, Tower Bridge, London Eye, Buckingham Palace dan banyak lagi lah!



Mat Bunga??? (tak pasal..)
"Flowers are red. green leaves are green, there is no need to see flowers any other way than the way they always have been see.." teringat pulak petikan dari lagu Flowers are Red dari Zain Bhika(klik). Mesej besar lagu ni =)


Malam di London dihabiskan dengan tayangan gambar Sang Murobbi: Mencari Spirit Dakwah yang Hilang (klik). Perghhhh, naik sikit semangat tengok kesungguhan Ustaz KH Rahmat Abdullah bersungguh-sungguh meneruskan perjuangan menyampaikan Islam ini! Nanti inshaAllah boleh kupas jugak cerita ni hehe.
Manakala keesokan harinya, sekali lagi kami اجلس بنا نؤمن ساع  dan pada kali ini satu buku hebat tulisan Sayyid Abul A'la al-Maududi. Nanti kita kupas jugak! ^_^


Kemudiannya malam itu, rooounddd2 London lagi~

Dari kiri: Tower of London yang menyimpan seribu satu rahsia dan kisah, jengjeng, Tower Bridge, London Eye. 



Haikal yang terpesona dengan Pondok Telefon Merah London. Hehe gurau =P



Big Ben, yang menjadi 'saksi' kita. Saksi ape?? Jengjeng. Nantikan entry-entry seterusnya hehe. 


Begitulah story-mory Jaulah London yang sangat best. Tapi yang tak best nye bila perlu berpisah sobs2. Kenapa perlu bertemu jika nak berpisah? ='( 
Semoga kita semua tergolong dalam salah satu daripada golongan yang dilindungi arasy Allah, yakni mereka yang bertemu dan berpisah keranaNya. =)
8:63
Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya, Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.