Boleh tak kalau anda meluangkan masa selama 3 minit untuk menonton video ini, please?
Kalau boleh, sila tonton sekarang. =)
Pak Cik dalam video itu telah berkata,
"There is apparently a profound inability in humans to stick into a straight line when blindfolded or when there is no fixed point; no sun, no moon, no mountain top, to guide them..."
Aha. Anda dah dapat pointnye kan? ^^
Itu kalau mata ditutup gelap (blindfolded). Bayangkan kalau hati yang gelap ditutup dengan noda dan dosa, serta syaitan-syaitan yang bertenggek sedetik kita terlupa Allah. Maka tersasarlah kita dari jalan yang sepatutnya.
Sungguh!
Ibnu Abbas berkata : Syaitan bertenggek di hati anak Adam,
jika (anak Adam) lupa dan lalai maka dia membisikkan
(sesuatu) dan jika (anak Adam) mengingati Allah maka dia pergi.
O Allah help me, help me! [kredit]
Banyak jalan yang akan kita jumpa. Ada jalan yang nampak cantik dan best, glamour pulak tuh. Tetapi ianya terlalu pendek dan kebahagiaannya tidak kekal, putus separuh jalan. Sobs2 :'(
Ada jalan yang kadang-kala nampak susah dan tidak glamour, malah kelihatan asing (gharib) dan kadang-kadang dicemuh pula. Tetapi jalan inilah yang menjanjikan kebahagiaan hakiki, jalan paling lurussssss membawa kita ke destinasi yang diimpi. Yeay :D
Faham kan? ^_^
Tidak susah memilih dan menyusuri jalan yang sebenarnya (walaupun tengah blindfolded!). Hanya bergantung kepada fixed point yang dibekalkan.
Apa lagi kalau bukan
alQuran dan sunnah.
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Al-Baqarah [2:2]
Syaratnya, kenalah yakin (iman). Dan menjadi orang bertaqwa.
Kita memang tidak sedar kalau kadang-kadang terpelecot dari jalan yang betul, sebab hidangan keseronokan dunia itu memang lazat.
Belajar dan fahamilah al-Quran. Rujuklah sunnah Nabi. Berdampinglah dengan orang-orang yang boleh sama-sama berjalan dan mencari arah yang sebenar.
Okeh? =)
Hanya untuk muhasabah diri, sejauh manakah kita beriman dengan ayat yang saban hari kita baca dari pagi hingga malam;
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus. al-Fatihah [1:6]
0 comments:
Post a Comment